KUALA LUMPUR – Buat pertama kalinya, jenama mi segera popular tanah air, Vit’s dengan kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia membawakan Festival Muzik Vits – ‘Konsert Telan Kaset 90’An’ bersempena dengan Festival Mi Malaysia yang pertama pada 12 dan 13 Oktober 2024 ini bertempat di lokasi terbuka Padang Timur, Petaling Jaya bermula jam 10 pagi sehingga 11:30 malam dengan membawakan artis-artis tersohor negara era 90’an seperti Rahmad Mega, Kool, Ady Wow, Aris Ariwatan, Dinamik, Kasawari, Roy, Amir Ukay’s, Shidi Data, Isa Gravity, Wann, Febians, Hasnol, Shades, A To Z, Tom, Fuad, Zamani, bersama DJ Fasha Anderson dengan Don’t Panic Buskers, dan ramai lagi.
“Ini merupakan kali pertama jenama mi segera Vit’s mengadakan festival muzik sebegini dengan menggabungkan elemen muzik dan makanan bersempena Vit’s Music Festival buat pengunjung agar dapat menikmati makanan berasaskan mi dengan sajian muzik 90’an,” menurut Pn. Baizura Tazri, selaku penganjur bagi pihak Vit’s.
Jelas pihak penganjur lagi, tujuan konsert ini diadakan adalah bagi mengubati kerinduan peminat-peminat muzik 90’an dengan membawakan lagu-lagu ‘hits’ era tersebut dan menggabungkan pesta makanan berasaskan mi seperti laksa, mi kari, mi bandung, pasta, dan bermacam lagi.
“Selain mengubati kerinduan peminat, konsert ini juga bertujuan mengumpul dana bagi Persatuan Karyawan Malaysia melalui hasil jualan tiket konsert, dan dana yang diperolehi akan digunakan untuk membantu artis-artis senior dan para karyawan yang sedang sakit ataupun uzur yang memerlukan bantuan, selari dengan tujuan penubuhan persatuan ini,” katanya.
Dijangkakan seramai 17 orang penyanyi 90’a yang terlibat sepanjang 2 hari berlangsungnya Festival Muzik Vits ini bermula dari jam 8 sehingga 11:30 malam dengan membawakan pelbagai genre muzik seperti rock, balada, R&B, hip hop dan irama Malaysia.
Pengunjung Festival Muzik Vits berpeluang mengunjungi lebih 80 ‘booth’ peniaga dan penjual dengan pelbagai jenis makanan yang kesemuanya berasaskan mi disamping dapat beriadah melalui permainan berkonsepkan karnival yang disediakan sesuai untuk aktiviti seisi keluarga.
“Setiap pengunjung yang hadir pada Vit’s Music Festival dengan berpakaian konsep 90’an seperti rock, hip hop mahupun dangdut bakal menerima hadiah daripada pihak penganjur, dan atas permintaan ramai di media sosial yang mahukan pertandingan karaoke diadakan, pihak Vit’s mengalu-alukan pengunjung untuk mengambil bahagian pada kedua-dua harinya dengan pelbagai hadiah menarik yang menanti untuk dimenangi,” Ujarnya.
Selain Vit’s dan Persatuan Karyawan Malaysia, festival ini turut ditaja bersama oleh MBPJ, Storm Truperz Campers, Ticket2u, Suria FM, Media Panas, Hotel Seri Pacific, Nester dan juga Irama Maju Productions.
Akhiri Pn. Baizura: “Kami berharap agar festival makanan dan muzik yang berkonsepkan karnival ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang dalam memperjuangkan penyanyi-penyanyi era 90’an yang mengimbau kenangan masa lalu dengan lagu-lagu hits mereka yang malar segar.
“Mewakili pihak Dato’ Freddie Fernandez, selaku presiden Persatuan Karyawan Malaysia, beliau berharap agar penonton yang hadir dapat berhibur sambil beramal melalui festival ini dengan dana yang dikumpulkan untuk badan persatuan.
“Datanglah ke Vit’s Music Festival beramai-ramai dan jumpa anda di sana!”
Tiket-tiket ke Konsert Telan Kaset 90’An dan karnival boleh didapati secara atas talian bermula 16 Ogos 2024 ini pada jam 4 petang di laman web Ticket2u.com.my dengan harga RM45 seorang.
Manakala, tiada pembayaran yang dikenakan ke Festival Mi Malaysia.