July 18, 2024

kumpulan muzik rock asal Bandung, Indonesia yang menggelarkan kugiran mereka sebagai Cokelat, kini bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk mengadakan sebuah konsert yang akan diadakan pada 7 September 2024 di Zepp Kuala Lumpur bermula jam 8 malam.

Mereka pernah mengunggah hantaran video kembalinya Kikan dan Ervin melalui sosial media dan berita itu bertebaran menjadi khabar gembira buat seluruh peminat Cokelat yang merindukan formasi terbaik band ini. 

Band yang dianggotai Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) mengambil keputusan untuk ‘berpisah’ selama 12 tahun sebelum kembali bersatu pada 2022 menerusi persembahan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 2022.

Menurut Kikan, Cokelat pernah mengadakan persembahan di Malaysia 14 tahun yang lalu, namun setelah lama tidak bertandang ke sini, mereka akhirnya diberi peluang oleh Tanjak Global Services untuk menemui kembali peminat-peminat mereka di Kuala Lumpur.

“Seperti semua tahu, kali terakhir Cokelat membuat persembahan di Malaysia adalah pada 14 tahun yang lepas. Memang sudah cukup lama. Kami berharap persembahan ini dapat mengubat rindu peminat-peminat setia. Terima kasih kami ucapkan kepada semua peminat di Malaysia.

“Kami juga sangat rindukan Malaysia yang sudah kami anggapkan seperti rumah kedua Cokelat,” ujar Kikan.

Sementara itu, Pengarah Tanjak Global Services selaku penganjur konsert Rosden Rahmat berkata, persembahan itu adalah kejutan dan hadiah buat peminat Cokelat.

Tanjak Global Services juga ingin menawarkan kepelbagaian dan pilihan konsert hiburan yang berlainan buat rakyat Malaysia, bukan sekadar menjemput artis atau band yang sama pada setiap tahun.

Penganjur konsert Rosden Rahmat menjelaskan, “Ahli kumpulan Cokelat secara peribadi juga sangat rapat dengan Malaysia dan teruja untuk bekerjasama lagi bersama kami di masa akan datang.

“Berita baik buat peminat Cokelat juga yang mana kedua pihak sudah berbincang untuk berkolaborasi dalam beberapa perancangan dan program yang sudah disusun,” katanya.

Antara lagu-lagu popular Cokelat adalah Karma, Segitiga, Luka Lama, Ku Pilih Dia, Pergi, Jauh dan banyak lagi. 

Tiket kategori Karma RM189 (Rockzone Standing), Segitiga RM159 (Premium Standing), Luka Lama RM139 (Free standing), Jauh RM285 (Premium Seating), Pergi RM235 (Standart Seating) dan VIP RM380 (Per Pax) (8 Pax Per Room) boleh didapati menerusi https://tanjak_cokelat.ubertickets.asia.

Surat penghargaan dari Cokelat untuk rakan-rakan media yang sentiasa menyokong selama mereka berkarya