March 21, 2025
kembara sufi, tema syahadah musim ke-18 di RTM

KUALA LUMPUR  18 tahun bersiaran sepanjang Ramadan satu tempoh yang cukup matang buat program dokumentari Syahadah mendapat tempat di hati penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM). Tahun ini tidak terkecuali Syahadah kembali dengan pendekatan dan perkongsian topik yang lebih menarik untuk semua.   

Pengisian dakwah terbaik secara santai, program terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM (UMD RTM) ini pastinya dinantikan oleh semua. Kali ini turut menjanjikan pendekatan lebih segar dengan tema, Kembara Sufi: Pendekatan Kandungan Islamik dan Perspektif Komuniti luar negara yang memaparkan individu yang berhijrah ke Malaysia merangkumi kepelbagaian keilmuan tokoh.

Bersiaran sepanjang Ramadan mulai 12 Mac 2024, pukul 6.00 petang (siaran ulangan pukul 4.00 pagi) di TV1.

kembara sufi, tema syahadah musim ke-18 di RTM

20 episod ulang siar terbaik dan 10 episod baharu

Dokumentari ini membawa semua penonton menerokai kepelbagaian intipati bagi menyusuri keindahan Islam dalam konteks Kembara Sufi menerusi sudut perhijrahan komuniti luar mahupun individu terhadap cara hidup Islam di Malaysia.

Perkongsian sebanyak 20 episod ulang siar terbaik dan 10 episod baharu akan menemui penonton sepanjang Ramadan ini. Antara tajuk menarik iaitu Ilmu Hayat, Pengukir Dari Uzbekistan, Dari Uzbekistan Ke Sri Pahang, Perantau, Gerakan Orang Muda, Eksekutif Halal, Transformasi Yang Berani, Mata Hati, Jemaah Yang Mengimarah dan Hidayah Dakwah.

Setiap tajuk mengundang tetamu berkongsi kisah suka duka pengalaman hidup dilalui mereka antaranya pelakon Sidi Oraza, pemain bola sepak dari Uzbekistan dan Kuvondik Ruziev.

kembara sufi, tema syahadah musim ke-18 di RTM

Tajuk-tajuk lain Kebangkitan Marudu, Laungan Azan Mulu, Refleksi Tabarruj, Bukan Lagi Kifarah, Dakwah Bil Hikmah dan Wahyu Kensiu. 

Nantikan siaran program ini di TV1. Bukan itu sahaja, RTM turut memberikan peluang kepada anda yang tidak berkesempatan menyaksikan menerusi saluran TV untuk mengikuti penstriman langsung secara percuma menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).Â