February 16, 2025

Surya Malaysia, jenama tempatan dengan misi untuk meningkatkan landskap kesihatan negara, dan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Dengan kerjasama baharu bersama Universal Music Malaysia (UMM) untuk memperkenalkan era baharu sinergi antara kesejahteraan dan muzik.

Menyedari potensi NMN untuk meningkatkan tenaga, kecergasan dan penuaan yang sihat, kerjasama ini memperkenalkan produk pertama mereka, Zeleb+ NMN. Dengan meluaskan manfaat NMN kepada khalayak yang luas, termasuk artis dan selebriti, kerjasama ini sejajar dengan hala tuju strategik kedua-dua pihak, Surya Malaysia dan Universal Music Malaysia untuk mempromosikan kesejahteraan dan kebahagiaan di Malaysia, menjadikannya lebih daripada pemerhatian anekdot tetapi cara asas untuk kehidupan rakyat Malaysia.

Surya terus komited untuk membangunkan lebih banyak produk kesihatan untuk rakyat Malaysia. Sementara itu, Universal Music, memanfaatkan pengaruh selebritinya, berusaha untuk menyebarkan lebih banyak kegembiraan melalui ‘kesejahteraan berpaksikan muzik’ kepada orang ramai.

Ernie Zakri menemukan tenaga, kecergasan dan keremajaan semula dengan Zeleb+ NMN

Adakah anda rasa terperangkap dalam rutin menjadi seorang ibu sepenuh masa dan seorang wanita berkerjaya? Perlu bangun awal pagi demi memastikan sarapan tersedia untuk anak-anak dan bersiap untuk pergi kerja? Kemudian perlu melalui kesesakan lalu lintas semasa pergi kerja, dan mula bekerja dengan perasaan stress, selepas itu terpaksa melalui kesesakan lagi pada waktu pulang selepas kerja demi meluangkan masa bersama keluarga? Penat bukan? Walaubagaimanapun, anda tetap terpaksa melalui benda yang sama setiap hari kerana itulah kehidupan.

Artis berbakat besar, Ernie Zakri, tahu pentingnya keseimbangan. Seorang isteri, ibu, penyanyi, penulis lagu, dan artis, hari-hari beliau dipenuhi dengan onak dan duri usaha kreatif dan komitmen keluarga. Mengekalkan tenaga untuk berjaya dalam semua tanggungjawab ini boleh menjadi satu cabaran, tetapi Ernie Zakri telah menemui senjata rahsia – Zeleb+ NMN.

“Sebagai seorang ibu, saya akan mengatakan bahawa ia memerlukan banyak tenaga,” kata Ernie Zakri. “Oleh kerana Zeleb+ NMN dapat memberikan rangsangan tenaga, ini menjadikan kerja saya lebih mudah dengan anak saya. Apabila kita mempunyai tenaga, lebih mudah untuk bermain dengan anak perempuan saya dari siang hingga malam. Ia membantu saya untuk menjadi lebih bertenaga dan menjadi ibu yang lebih baik.

Manfaat Zeleb+ NMN membantu lebih daripada tenaga fizikal sahaja. Ernie Zakri menyatakan bahawa ia juga telah meningkatkan fungsi kognitif dan fokusnya, yang penting untuk kerjaya nyanyiannya. “Sebagai penyanyi, saya percaya ketepatan dan kejelasan memainkan peranan penting dalam setiap persembahan saya. Zeleb+ NMN membantu saya dengan fungsi kognitif dan kekal fokus.”

Selain daripada kelebihan yang Ernie dapat untuk beliau membuat persembahan, Zeleb+ NMN membantu Ernie kekal fokus dan mengelakkan gangguan di studio rakaman. “Saya rasa Zeleb+ NMN membantu saya untuk kekal fokus, terutamanya apabila saya berada di studio gelap. Sangat penting bagi saya untuk kekal fokus dan tidak terganggu oleh perkara lain.”

Secara keseluruhan, Zeleb+ NMN telah menjadi sebahagian daripada rutin harian Ernie. “Saya mesti katakan Zeleb+ NMN benar-benar banyak membantu saya dan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian saya,” kata Ernie Zakri. “Ia bukan hanya mengenai tenaga, tetapi juga untuk meremajakan kulit, untuk kekal muda remaja.”