January 13, 2025

KUALA LUMPUR – Diterbitkan oleh Pertubuhan Seni Teater Arus dan disokong oleh Revolution Stage dan Swakarya Production, Pemenang Anugerah Pengarah Terbaik Anugerah Seni Teater 2023, Khairunazwan Rodzy kini kembali dengan pementasan teater muzikal terbaru iaitu Teater Muzikal Satukan Cinta.

Memberi nafas yang baru, pementasan teater kalini membawa sebuah karya yang segar yang dibarisi oleh pelakon-pelakon muda dan terkenal dengan dalam dunia seni persembahan tempatan.

Dibarisi oleh pelakon seperti Khairisyah Kemal, Jihaa Sham, Baihaqi Majid dan ramai lagi, pementasan ini menjanjikan sebuah hiburan yang segar yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Menurut Khairunazwan Rodzy, dia mempunyai penuh keyakinan dengan barisan pelakon muda, yang rata-ratanya adalah anak latihnya sendiri. “Memang sejak dari dahulu, saya sangat mengalakkan anak anak muda untuk terus terlibat dalam bidang teater dan saya mempunyai keyakinan sepenuhnya barisan pelakon ini dapat menggalas watak dan cerita ini,” Tambah Khairunazwan lagi.

Bagi pengurus produksi Kirin Muhamad pula, keputusan untuk mementaskan kembali teater muzikal selepas 2 tahun menyepi adalah kerana permintaan dari pengikut pengikut setia teater tempatan. Kirin juga menambahkan untuk pementasan teater ini, pihak produksi menyediakan pakej tiket yang sangat mampu milik, bermula dari RM15 sehingga RM45.

Tiket untuk Teater Muzikal Satukan Cinta sudah mula dijual di www.revolutionstage.com dan untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi produksi Revolution Stage melalui Instagram mereka @revolutionstage atau emel ke revolutionstageproduction@gmail.com.