December 6, 2024

KUALA LUMPUR, 17 DISEMBER 2021 – Momen indah ibarat foto yang diketik tatkala memegang kamera, mahupun telefon bimbit. Namun, buat penyanyi, producer dan komposer yang berasal dari Aceh, Indonesia, Yuka Kharisma, beliau memilih mengabadikannya menerusi lagu.

Terbaharu, Yuka kembali dengan single kedua berjudul ‘Tentang Rasa’ di bawah naungan Rocketfuel Entertainment yang dicipta indah oleh suami tercinta, seorang ahli muzik dan komposer berpengalaman iaitu Ahmad Jeffny.

“Baru dua bulan saja ‘Melihatmu Bahagia’ dilancarkan, saya tak sabar nak kongsi pula single Tentang Rasa buat pendengar di Malaysia. Saya bersyukur dengan penerimaan baik terhadap single terdahulu dan ramai yang terpesona dengannya, bahkan ia turut mendapat perhatian ramai barisan penyanyi tanah air TikTok,” kata pemenang bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik Anugerah Planet Muzik (APM) ke-15 ini. 

Perjalanan seni Yuka ibarat bahtera melayari samudera yang berombak, dan ada pasang surutnya. Begitulah jugalah pelayaran seninya dari tanah seberang ke pesisir Malaysia, bermula sebagai peserta separuh akhir Indonesian Idol musim ke-5 sehinggalah berlabuh di sini pada tahun 2008. 

“Banyak yang telah saya lalui sepanjang bergelar anak seni. Perjalanan saya bukannya mudah, ditambah pula dengan keadaan berjauhan dari keluarga tercinta terutamanya ibu yang berada di Bandung, Indonesia, kadang-kadang memeritkan.

“Namun saya temui kebahagiaan di sini (Malaysia) apabila mendirikan rumahtangga dengan orang Malaysia, indah bukan aturan jalan Tuhan itu,” ulasnya lagi.

Lagu Tentang Rasa telah diilhamkan pun beberapa tahun lalu, ketika itu Yuka masih lagi belum berstatus sebagai seorang isteri dan sedang mencari-cari arah seterusnya dalam kerjaya seninya, dan pintu hatinya diketuk. Kata Yuka:

“Lagu ini sudah lama saya ciptakan, bahkan sebelum saya menikah lagi. Saya sangat suka dengan lirik dan melodinya yang sangat simple, romantik dan apa adanya. Ia ibarat sebuah rasa cinta yang tulus dan murni tanpa ada maksud tersembunyi, hanya menyayangi dengan sepenuh hati.

Tentang Rasa menceritakan tentang sebuah rasa kepada seseorang yang sangat murni, jujur, dan tulus. Di mana sepasang kekasih tersebut saling mengisi dan melengkapi satu sama lain.

Kalau di dengar, Tentang Rasa punyai melodi yang ‘tenang’ dengan alunan gitar akustik yang mengasyikkan lantas menggamit memori indah masa-masa bersama yang jatuh dalam genre ‘folk’ yang malar segar.

“Saya memperuntukkan tempoh seminggu bagi menyiapkan lagu ini dan terima kasih buat sang suami, Ahmad Jeffny, yang banyak membantu dan turut bertindak sebagai penulis lirik dan komposer bersama.

“Sepanjang proses rakaman berlangsung, saya tersenyum ketika menyanyikan Tentang Rasa kerana ia membawa kembali memori manis masa-masa nak menikah dulu,” kongisnya dalam nada gembira.

Video muzik (MV) Tentang Rasa adalah sebuah kisah romantis yang berkisar tentang dua insan yang merupakan teman baik ketika masih di bangku sekolah yang terpaksa berpisah disebabkan jarak, namun kekuatan dan ketulusan cinta mereka berdua mempertemukan mereka kembali sehingga ke jinjang pelamin.

“Sebagai seorang ‘storyteller’, saya sangat mementingkan rasa dari setiap karya yang saya nyanyikan atau hasilkan. Setiap lagu itu harus mempunyai alur cerita yang tersendiri. Manakala, penghayatan melodi dan bait lirik itu perlu supaya motif lagu tersebut sampai ke hati semua pendengar.

“Yuka Kharisma adalah seorang penghibur sejati yang sedari kecil sudah mencintai panggung, dari zaman remaja disaat memulai kariernya sebagai penyanyi, dia sanggup menyanyi berjam-jam di atas panggung. 

“Signature muzik atau ‘bunyi’ Yuka Kharisma sangat bervariasi kerana bagi saya setiap rasa itu perlu diraikan dengan jujur, dan motto saya dalam berkarya adalah berkarya sebebas-bebasnya seperti minda yang terbuka tanpa batas,” tegas Yuka.

Menurut Encik Jipie, selaku Ketua Label & Penerbitan, Rocketfuel Entertainment, “Sebagai penyanyi, Yuka mempunyai tona vokal yang istimewa yang jarang didengari. Karya-karyanya bersama suami ada kualitinya yang tersendiri dan sedap di dengar.

“Semoga Tentang Rasa mampu melonjakkan lagi nama Yuka Kharisma dan terus mendapat tempat di hati pendar muzik tempatan.

Akhiri Yuka: “Pada saya, Malaysia ibarat separuh jantung hati saya. Ia tempat yang penuh nostalgia, tempat saya mengejar impian, cinta dan cita-cita.  Kalau dulu Malaysia seperti rumah kedua, namun jujur saat ini Malaysia adalah rumah pertama saya. Saya menyukai Malaysia kerana di sinilah saya temukan matlamat hidup yang sebenarnya.

“Dan harapan saya agar single Tentang Rasa dapat menghadirkan suasana romantis kepada sesiapa pun yang mendengarnya, serta membawa nama Yuka Kharisma lebih kuat dan dikenali.

Lagu ‘Tentang Rasa’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, 

Manakala MV single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Rocketfuel Network.

Yuka Kharisma – Tentang Rasa [Official Music Video]

5 thoughts on “Kisah romantis Yuka Kharisma ‘Tentang Rasa’

  1. 998244 702104Hello there! I could have sworn Ive been to this blog before but right after checking through some of the post I realized its new to me. Anyhow, Im undoubtedly glad I found it and Ill be bookmarking and checking back regularly! 540332

Comments are closed.