December 8, 2023

KUALA LUMPUR : Klangit adalah sebuah band yang telah membuat kemunculan pada tahun 2008 dan sehingga kini masih menempah nama di persada musik industri tanah air. Nama band Klangit pada asalnya bernama “Adriband” dan telah ditukarkan kepada nama Klangit pada tahun 2010. Idea nama Klangit timbul setelah melihat band ini boleh bergerak jauh dan ianya melambangkan suatu destinasi jauh dan tinggi yang ingin digapai bersama.

Terdahulu, mereka dikenali dengan lagu popularnya, Sesal Mendua yang masih mengekalkan hala tuju muzik mereka sebagai pemain Modern Rock, Pop, Electro dan Ballad Rock. Klangit kini dianggotai oleh Ary sebagai vokalis dan Haris sebagai pemain gitar. 

Klangit telah disambar oleh pihak syarikat rakaman Rusa Music pada tahun 2020 dan telah membuahkan hasil pertama mereka atas kerjasama Rusa Music. ‘Aku Masih Disini’ adalah tajuk single pertama mereka bersama Rusa Music pada tahun yang sama. Aku Masih Disini telah memperoleh hampir 1 juta tontonan di saluran Youtube Rusa Music. Terbaharu, Klangit telah berjaya menghasilkan single kedua mereka berjudul Pusing. Lagu Pusing yang berentak lebih catchy adalah hasil ciptaan sepenuhnya Ary Klangit, Haris Klangit dan Zimi. 

Klangit tampil dengan single Pusing
Klangit dianggotai oleh Ary (vokalis) dan Haris (pemain gitar)

Lagu Pusing ini menceritakan tentang seorang perempuan yang merupakan kekasihnya yang sering membeli belah di dalam talian sehingga membuat dirinya berasa pusing kerana disebabkan berbelanja dengan begitu banyak hanya demi seorang kekasih yang dicintainya. 

Berkenaan dengan konsep video muzik (MV) yang bertemakan warna Kuning dan ditambah dengan kotak bungkusan yang banyak menampakan MV ini lebih menarik. Konsep yang ditonjolkan seperti ini lebih dekat dengan jiwa dan situasi rakyat pada masa ini. 

Single Pusing boleh didengarkan di semua pelantar digital muzik. Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rusa Music. Diharap karya Pusing ini akan mendapat sokongan semua pihak dan diterima ramai. 

Klangit – Pusing [Official Music Video]