
KUALA LUMPUR – Dua Suara Media merupakan anak syarikat Dua Media Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura dan fokus pada bakat dan kandungan kreatif di seluruh ASEAN. kali ini, mereka bekerjasama dengan label muzik terkenal dri negara jiran, Luncai Emas untuk menghasilkan single “Harapan Tak Kunjung Usai”. Kolaborasi ini mengumpulkan pemuzik dari pelbagai negara dan bertujuan untuk memperkenalkan muzik tempatan kepada penduduk jiran yang sering berkolaborasi dengan pemuzik Indonesia.

Single yang telah dilancarkan di Jakarta pada 5 September 2023 ini menampilkan ST12, sebuah band Melayu terkenal dari Indonesia, dan penyanyi solo terkenal dari Malaysia, Hazama. Lagu ini mengisahkan tentang seorang wanita dan seorang lelaki yang sudah lama berkenalan tetapi wanita itu selalu membandingkan teman lelakinya dengan bekas teman lelakinya. Single ini dicipta oleh Pepep dari ST12 dan akan dibawakan tampa meninggalkan ciri-ciri ST12.
Sandy Monteiro selaku Pengarah urusan Dua Suara Media, berharap “semoga dengan kolaborasi ST12 dan Hazama ini dapat diterima oleh pencinta muzik dari Indonesia mahupun Malaysia”.


Dato’ M. Nasir, selaku pengasas Luncai Emas Sdn Bhd dan juga merupakan komposer terkenal Malaysia, yang telah mencipta banyak lagu popular antaranya lagu Tiara, Isabella dan Nafas Cinta, juga berkata “gabungan dua artis popular ini, bakal memberi manifestasi kolaborasi lebih jelas kepada dua negara serumpun ini. ST12 yang kuat akar muzik melayunya bersama lunaknya suara Hazama menyanyikan lagu Harapan Tak Kunjung Usai ini dijjangka bakal hit di kedua-dua negara. InsyaAllah”.


Hazama ternyata gembira dapat bekerjasama dengan ahli ST12 yang beliau telah lama kenali. Proses penghasilan lagu ini berjjalan lancar kerana persamaan budaya dan bahasa. Hazama juga berharap kerjasama ini dapat memberi warna baharu kepada dunia muzik pop Melayu dan sesuai di telinga masyarakat Indonesia lantas menjadi lagu kegemaran.

‘Harapan Tak Kunjung Usai’ kini boleh didengari di semua platform muzik dan video muzik rasmi boleh ditonton di saluran Youtube.