December 4, 2023

KUALA LUMPUR – Konsert Kasih Pengasih yang menampilkan barisan artis hebat iaitu kumpulan Iklim, Ameng Spring, Zamani Slam dan Amir Ukays yang dijadualkan berlangsung pada 1 Julai 2023 kini telah menunda konsert tersebut ke tarikh baru iaitu pada 22 Julai 2023 dan masih mengekalkan tempat yang sama di Auditorium Makmur RTM Kuantan, Pahang.

Surat yang menyatakan penundaan tarikh konsert

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Bendahari Agung Persatuan PENGASIH Malaysia, Muhd Zaidi Bin Harun, pihak pengurusan Persatuan Pengasih Malaysia terpaksa mengambil keputusan tersebut kerana terdapat banyak maklum balas negatif apabila mengadakan konsert pada 1 Julai ini disebabkan tarikh tersebut adalah hari ketiga bagi sambutan hari Raya Aidil Adha.

Untuk makluman hari Raya Aidil Adha disambut selama 4 hari pada hari ke-10,11,12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bagi menghormati tarikh tersebut dan masih lagi dalam sambutan hari Raya Aidil Adha buat seluruh umat Islam, pihak penganjur akur dan mengambil keputusan untuk menunda konsert tersebut.

Barisan artis yang bakal menghiburkan penonton

Konsert ini dicetuskan oleh pihak pengurusan Pengasih yang ingin mempromosikan Pengasih Cawangan Pahang.

Konsert Kasih Pengasih 2023 turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Pahang, RTM Pahang, Pengasih Cawangan Pahang dan Restoran Baina Nasi Kerabu.

Harga tiket untuk menyaksikan Konsert Kasih Pengasih 2023 bermula dari RM58 sehingga RM3,500.

Konsert Kasih Pengasih 2023 bakal berlangsung di Auditorium Makmur RTM Kuantan pada 22 Julai 2023, jam 8.30 malam hingga 11 malam. Tiket-tiket boleh didapati menerusi https://ilassotickets.com.