September 8, 2024

KUALA LUMPUR – Konsert kolaborasi kumpulan Nidji dan penyanyi hebat Budi Doremi yang dibawakan oleh Dream Festival telah berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 19 Mac lalu mendapat sambutan baik peminat

Tirai pentas dibuka dengan mengundang penyanyi Aisha Retno yang membawakan lagu Sang Dewi oleh Loydra, Andi Rianto dan Sial oleh Mahalini.

Aisha Retno
Aisha Retno dan Budi Doremi

Penyanyi yang semakin meningkat naik selepas program Big Stage itu, memberi aksi persembahan yang penuh bertenaga di hadapan lebih 2,000 penonton yang hadir.

Budi Doremi mengambil alih pentas dengan membawakan sembilan buah lagu dan satu lagu berduet bersama Nidji berjudul Doremi.

Budi Doremi
Budi berduet bersama Nidji

Budi membawakan 10 buah lagu antaranya Melukis Senja, Mesin Waktu dan Tak Kan Hilang malah Budi mengajak penonton bergoyang menerusi lagu Suka-Suka (Yang Penting Bahagia).

Kemunculan Nidji mendapat sorakan kuat daripada Nidjiholic yang hadir. Nidji meneruskan persembahan secara duet bersama Budi menerusi lagu Laskar Pelangi.

Vokalis baharu Nidji, Muhammad Yusuf Nur Ubay
Aksi Nidji penuh bertenaga

Nidji membawakan yang sebelas buah lagu antaranya Arti Sahabat, Kau Dan Aku, Bila Aku Jatuh Cinta, Hapus Aku serta lagu yang menjadi OST filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Sumpah Dan Cinta Matiku dan Teroesir.

Pelakon filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang memegang watak Bang Muluk juga pemain keyboard Nidji membuat penampilan khas dengan mengungkapkan dialog daripada filem itu antara momen yang mengingatkan kembali akan kegemilangan filem tersebut.

Randy Danistha, pemegang watak Bang Muluk

Konsert anjuran Inspire yang telah berlangsung selama dua jam setengah dengan penampilan kolaborasi unik antara Nidji dan Budi Doremi ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peminat kedua-dua artis tersebut.

Foto oleh: Subky Hj. Bebit