January 14, 2025

TGJ Entertainment dengan ini mengumumkan bahawa Konsert Rentasmasa “Satu Evolusi Muzik” yang asalnya dijadualkan berlangsung pada 31 Disember 2024 telah ditangguhkan ke 31 Januari 2025 (Jumaat) di lokasi yang sama, ZEPP Kuala Lumpur. Penangguhan ini dibuat berikutan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia baru-baru ini.

Memandangkan amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir, keputusan ini diambil oleh pihak penganjur dan para artis sebagai langkah solidariti kepada mangsa-mangsa yang terjejas.

Sebagai tanda keprihatinan, Skuad Rentas Masa telah melancarkan misi bantuan kemanusiaan dengan kerjasama Wings Motor Gang Society (WMGS) untuk menyalurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan.

Barisan artis ternama seperti Ziana Zain, Dato’ DJ Dave, Datuk Jeffrydin, dan Dato’ Awie akan menghiasi pentas konsert ini dengan persembahan istimewa mereka, menjanjikan satu pengalaman muzik yang memukau serta mengimbau kenangan merentas zaman.

Berikut adalah harga terkini tiket untuk konsert ini:

• VIP Suite: RM7,777

• Grand VIP: RM338

• Platinum Seat: RM318

• Golden Seat: RM278

• Silver Standing: RM158

• Premium Seat: RM318

• Retro Seat: RM278

Harga tiket tidak termasuk caj perkhidmatan RM4 dan caj perbankan. Tiket boleh dibeli secara dalam talian di www.ilassotickets.com.

Pihak penganjur memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul akibat penangguhan ini. Sebarang maklumat terkini akan diumumkan dari semasa ke semasa. Terima kasih atas sokongan anda.