May 21, 2024

Warning: sprintf(): Too few arguments in /home5/darulmul/public_html/kelkatutv.com/wp-content/themes/chromenews/lib/breadcrumb-trail/inc/breadcrumbs.php on line 253

KUALA LUMPUR : Promosi Konsert Rock On 40 : The Legends dimulakan dengan Sidang Media yang telah berlangsung di Hard Rock Café, Kuala Lumpur pada 16 Ogos lalu dengan kehadiran artis legenda antaranya Dato’ Awie, Muss, Man Kidal dan Ritz Metalasia.

Penganjur Menara Network Sdn. Bhd., Datuk Ab Razif Asmuni berkata, Rock On 40 : The Legends, merupakan persembahan yang merakamkan perjalanan dan perkembangan muzik rock yang telah menjangkau empat dekad lamanya bertapak di Malaysia.

“Legenda-legenda ini sememangnya layak untuk beraksi di pentas berprestij Istana Budaya (IB). Kami percaya bahawa sudah tiba masanya kami memberi tanda penghormatan dan terima kasih kami atas sumbangan berterusan mereka kepada industri muzik di Malaysia.” Katanya.

Dalam majlis sidang media tersebut, bekas vokalis kumpulan MAY, Muss berbesar hati menyanyikan lagu popularnya sambil diiringi oleh wira gitar Man Kidal dan pengarah muzik Ritz Metalasia. Selain Muss, Awie, Man Kidal dan Ritz, Ratu Rock negara, Ella tidak dapat hadir ke sidang media tersebut.

Man kidal dan Ritz Metalasia

Menurut wakil penganjur Konsert Rock On 40: The Legends, Aman Ali, 100 pemegang tiket VIP pertama akan layak untuk sesi ‘meet and greet’ bersama artis-artis legenda di konsert yang bakal dipentaskan dua hari bermula 2 Disember depan.

Beliau juga membayangkan bahawa persembahan dua malam yang bakal berlangsung di Istana Budaya, kuala Lumpur, akan membawa penonton mengimbau kembali ke zaman kegemilangan muzik rock tanahair. Penonton yang hadir akan dapat menyaksikan persembahan artis-artis legenda ini secara duet dan setiap barisan artis akan mendendangkan lagu-lagu hits yang mewakili era mereka.

Sebahagian daripada hasil yang mereka perolehi daripada jualan tiket konsert akan disumbangkan kepada Yayasan Barisan Hadapan Malaysia.

Maklumat Konsert Rock On 40: The Legends termasuk pembelian tiket boleh mengikuti Instagram (IG) @menaranetwork. Tiket berharga RM288, RM388, RM488, RM688 dan RM888.

Untuk butiran lanjut mengenai konsert dan pembelian tiket, sila hubungi talian Menara Network Hotline : 019-9729288, 019-8879288 dan 019-4519288.