KUALA LUMPUR – Nurkasih, Gerimis Mengundang. Kembali Terjalin, Kembali Merindu, Tak mungkin Berpaling, Rindiani serta puluhan lagu hits malar segar yang telah dihasilkan oleh kumpulan SLAM.
Muzik serta lagu lagu yang dihasilkan Kumpulan SLAM sentiasa menarik perhatian peminat ditambah dengan kemerduan vokal Zamani sebagai penyanyi utama serta dibarisi pemuzik hebat sebagai pelengkap kumpulan ini yang meraikan tahun ke-30 penubuhan Kumpulan Slam yang masih mengekalkan anggota asal dari awal penubuhan sehingga ke hari ini.
Kehebatan Kumpulan SLAM yang ditunjangi oleh Shah, Eddie, Lili, Man dan Zamani memberi satu aura yang sangat kuat sehingga setiap kali kemunculan mereka pasti dinantikan serta mendapat sambutan hangat dari peminat.
Konsert SLAM Nurkasih bakal diadakan pada 6hb Ogos 2023 di Zepp Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam dan akan menghidangkan 18 hingga 20 lagu lagu hits Kumpulan SLAM yang pastinya akan menggamit memori serta meninggalkan kenangan terindah buat semua penonton yang bakal hadir.
Konsert yang diberi judul NurKasih merupakan salah satu judul lagu hits Kumpulan SLAM, ia juga membawa maksud kasih dan sayang SLAM kepada peminat yang diibaratkan seperti sentiasa memberikan cahaya (Nur) kepada Kumpulan SLAM selama ini. Konsert ini juga antara hadiah istimewa SLAM kepada peminat yang tidak pernah jemu menyokong mereka selama ini.
Konsert ini dibawakan oleh AV Group & WMD Event selaku penganjur utama serta Belbis sebagai rakan produksi bersama Mewah Event Management (MEM) sebagai rakan strategik konsert ini.
Pembeli tiket Konsert SLAM Nurkasih berpeluang memenangi sebuah gitar sebagai hadiah nombor tiket bertuah bagi pembeli tiket dan dibuat untuk semua kategori tiket. Sebanyak empat (4) buah gitar berupa dua (2) buah gitar eletrik dan dua (2) buah gitar akustik untuk dimenangi ditaja khas oleh PBH Music Sdn Bhd.
Sinar FM yang bertindak sebagai radio rasmi Konsert SLAM Nurkasih juga akan mengadakan kuiz kepada pendengar bertuah yang akan memenangi tiket ke konsert itu nanti.
Kumpulan SLAM ditemui ketika sidang media Konsert SLAM Nurkasih di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur yang bermurah hati menaja tempat untuk majlis tersebut serta menawarkan pakej penginapan istimewa kepada pembeli tiket Konsert Slam NurKasih yang menginap di Royale Chulan Hotel KL bagi menyaksikan konsert ini nanti.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket Konsert SLAM NurKasih ini boleh melayari laman sesawang https://ilassotickets.com/event/konsert-slam-nurkasih/ atau menghubungi Ilasso Tickets di talian 03-21706333.