April 19, 2024
kaka azraff dilemma

Terkenal dengan genre Pop dan R&B, Kaka Azraff atau nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff, 35 merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Lagu Dilemma menjadi saksi kepada kebangkitan Kaka Azraff. Meskipun kini lebih memilih untuk berdiri atas kaki sendiri, ini membuktikan rezeki tidak pernah salah alamat. Selain itu, apa yang penting karya ini merupakan buah tangan kepada peminat Kaka yang masih menyokong dan menyayangi beliau dari dulu.

photo by: Azzad Azman

OST drama Racun Rihanna

Dilemma merupakan runut bunyi rasmi atau Original Soundtrack (OST) untuk drama Racun Rihanna yang bakal ditayangkan di TV3 Malaysia atau saluran 103 tidak lama lagi. Pastinya keunikkan pada tajuknya dalam bahasa inggeris nanum intipatinya seratus peratus dalam bahasa melayu. Lagu Dilemma menjelaskan tentang perasaan seseorang yang dihimpit oleh tekanan hidup. Hal ini bakal memberi kesan memukau kepada pendengar dengan melodi yang mendayu dan lirik yang menyentuh jiwa.

Genre yang berbeza

Kaka adalah anak saudara kepada penyanyi ratu rock Malaysia, Ella. Ketika ditanya tentang pengalaman. “Perasaan pada ketika itu bercampur baur kerana genre kali ini berlainan dengan karya-karya saya yang lain. Tetapi dengan bantuan Farouk Roman, yang merupakan komposer dan produser lagu Dilemma, berjaya membentuk vokal dan meneroka suara saya dengan genre ballad. Oleh hal demikian, ia menimbulkan perasaan teruja, gementar, dan gembira dalam masa yang sama. Secara tidak langsung, ia memudahkan saya untuk menyampaikan emosi melalui liriknya.”

Lagu Dilemma merupakan satu sajian dan pengalaman yang baharu buat peminatnya yang sudah terbiasa dengan genre Pop dan R&B. “Semestinya saya excited untuk Dilemma kerana kali ini peminat saya dapat mendengar lagu saya dari sisi yang lain, harapan saya supaya pendengar akan sukakan lagu ini,” tambahnya dengan penuh semangat.

photo by: Azzad Azman

Mimpi gelap Rihanna

Drama Racun Rihanna mengisahkan tiga sahabat dari zaman Universiti iaitu Marya, Fateni dan Ayumi. Mereka menjadikan Rihanna sebagai adik angkat dalam kehidupan mereka. Namun suatu malam, satu tragedi berlaku apabila tiga orang kakak angkatnya tanpa sengaja prank dan menjebaknya dengan dadah hingga Rihanna dirogol secara beramai-ramai. Mimpi gelap Rihanna membuatkan hidupnya musnah sekelip mata. Apakah pengakhirnya?

Dilakonkan oleh beberapa pelakon hebat dalam industri termasuk Intan Najuwa, Rita Rudaini, Jasmine Suraya, dan ramai lagi. Para pelakon ini telah menghidupkan watak-watak mereka dalam 15 episod bakal ditayangkan dalam slot Samarinda di TV3.

Dilemma merupakan cerminan hidup

Dilemma tidak sekadar sebuah lagu, tetapi merupakan cerminan kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Lagu Dilemma menggambarkan perjuangan seseorang yang berhadapan dengan kemurungan dan rasa putus asa dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan ujian. Ditulis berdasarkan skrip drama.

Lagu Dilemma boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.  

Kaka Azraff – Dilemma (OST “Racun Rihanna”) | Official Lirik Video