Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Nilai berjaya menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung sepanjang dua hari berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu. Jumlah berkenaan mencatat sejarah tersendiri bagi pasar raya AEON yang memaklumkan ia kehadiran pengunjung tertinggi dalam semua acara yang pernah dianjurkan.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid berkata perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan pasar raya berkenaan sepanjang dua hari jelajah berlangsung.
“Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pendengar yang menyokong kami di Suria FM dan hadir sepanjang dua hari jelajah berlangsung. Juga terima kasih kepada semua barisan artis yang memberikan persembahan terbaik selain sokongan dalam acara yang diadakan termasuk pertandingan KiraOke Suria,” katanya.Â
Kumpulan Masdo menjadi tumpuan utama pada konsert yang berlangsung dan ternyata berjaya mencuri hati penonton yang turut sama menyanyi dan menari bersama mereka daripada semua lapisan umur termasuk kanak-kanak.
Bagi kesemua penyanyi dikir berkenaan itu Adik Waniey, Fadil Turbo dan Adam ZBP mengakui sudah mula mendapat perhatian peminat baharu yang mengenali mereka selepas terbabit dalam siri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire .
Selain Masdo, Aisha Retno, Ezad Lazim, Ruffedge, Baby Shima dan Danial Kifli turut menghangatkan persembahan menghiburkan penonton bersama barisan penyampai Suria FM.
Mengulas mengenai penyertaan penyanyi dikir dalam siri jelajah kali ini DJ Lin memberitahu pihaknya mendapat maklum balas sangat baik daripada pendengar.
“Selain menampilkan artis popular kali ini kami bawakan kelainan dengan kehadiran persembahan penyanyi dikir ini dalam mewarnakan lagi konsert jelajah kami. Kesinambungannya akan dijalankan di jelajah Kota Bharu pada 11 dan 12 Oktober ini dengan Pertandingan Nyanyian Lagu Dialek Kelantan menampilkan 10 peserta. Kesemua mereka berpeluang merebut hadiah wang tunai tajaan Yaya Empire di mana empat akan bersaing di peringkat final,” katanya.
Bagi kesemua penyanyi dikir berkenaan itu Adik Waniey, Fadil Turbo dan Adam ZBP mengakui sudah mula mendapat perhatian peminat baharu yang mengenali mereka selepas terbabit dalam siri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire.
Mereka yang bergelar penyanyi dikir kerana membawakan lagu dalam dialek Kelantan melahirkan rasa terharu dan gembira apabila diberikan peluang menunjukkan bakat mereka kepada penonton luar.
Pengarah Urusan Yaya Empire, Nadia Mat Isa mengakui gembira dengan sambutan di Nilai dan berjaya mencatat jualan produk wangian jenamanya yang mencecah enam angka.
“Kami sangat gembira dengan penyertaan bersama Suria FM dan DJ Lin khasnya dalam jelajah kali ini dan jangan lupa penutup di Kota Bharu Kelantan nanti yang turut bekerjasama sempena Hari Sukan Negara,” katanya.
Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire bakal berlangsung di lokasi terakhir di Kota Bharu menampilkan artis seperti Floor 88, Afieq Shazwan, Baggio Damasutra, Poey Stings dan Sri Budi Jati.Â