
KUALA LUMPUR – Hello Universe mengumumkan lokasi bagi konsert jelajah Muse Will of the People yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur, pada 29 Julai 2023.
Pra-Jualan tiket bermula pada Khamis, 2 Mac Jam 2 petang (waktu tempatan) dengan kemudahan bayaran ansuran eksklusif hanya di laman sesawang www.golive-asia.com .
Jualan tiket umum bermula pada Jumaat, 3 Mac jam 10 pagi (waktu tempatan) hanya di laman sesawang www.ticket2u.com.my.
Berikut adalah butiran harga tiket:
Zone A : RM 950
Zone B : RM 550
Zone C : RM 350
Zone D : RM 750 (kategori tempat duduk) *hanya dibuka pada Jumaat, 3 Mac 2023.

