KUALA LUMPUR, 11 MEI 2021 – Menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut oleh umat Islam tak lama lagi, pendengar bakal disajikan dengan sebuah lagu raya terbitan Botol Mask Entertainment yang bertemakan joget dan rock yang berjudul ‘Lusa Dah Nak Raya’.
Pengurus SF Azrah Enterprise yang dikenali sebagai Shery ” saya menaruh keyakinan kepada Mr. Syak yang telah menerajui Botol Mask entertainment, juga terima kasih saya kepada pengarah muzik saudara Kamal Nova dalam menghasilkan lagu ‘Lusa Dah Nak Raya’ ini. Saya juga amat suka dan berpuas hati dengan hasil kerja Mr. Syak.” Ujar beliau yang juga merupakan penerbit untuk lagu ‘Lusa Dah Nak Raya’ ini.

Selaku pencipta lagu dan lirik, Mr. Syak tidak memilih untuk mengambil penyanyi yang sudah popular tetapi sebaliknya beliau memilih penyanyi yang mempunyai tone atau suara yang beliau kehendaki. “Saya memilih Pak Tam kerana beliau mempunyai kelebihan untuk menyampaikan lagu-lagu yang berentak joget manakala di bahagian rock saya memilih Aboy yang pernah menjuarai pertandingan Battle of The Band. Apabila saya gabungkan antara dua genre ini maka terhasil satu lagu raya yang sesuai untuk semua peringkat umur.” Jelas beliau.
“saya juga berharap lagu ini dapat diterima ramai, kerana lagu ini mempunyai kekuatan tersendiri. Kebanyakan lagu-lagu raya yang kita dengar lebih kepada joget, zapin, inang, keroncong tetapi jarang sekali lagu raya digabungkan dengan elemen rock dan tradisional.” Tambah beliau.

Bagi Pak Tam pelantun utama lagu ‘Lusa Dah Nak Raya’ ini, “saya memilih kerana keunikan lagu yang diberikan oleh Mr. Syak dan saya juga ingin mencabar diri sendiri dengan genre rock joget yang mana sebelum ini saya hanya menyanyi lagu-lagu tradisional sahaja tetapi ini adalah pertama kali saya membawa genre yang sedemikian. Bagi saya ini adalah pengalaman baru dan sangat mencabar buat saya.” Ujar Pak Tam.

Bagi anak kelahiran Negeri Sembilan atau lebih mesra dipanggil Aboy, sangat meminati seni suara dan pernah menjuarai Battle of the Band, Raja Band, vokal rock terbaik dalam genre rock. Beliau rasa teruja atas pelawaan Mr Syak (Botol Mask Entertainment) untuk mendendangkan lagu lagu ‘Lusa Dah Nak Raya’ ini. “Saya sangat menghargai dan menerima pelawaan tersebut kerana bagi saya lagu ini ada keunikannya tersendiri yang mana lagu ini bertemakan rock joget yang sangat menghiburkan.” Ujar beliau yang masih lagi aktif dalam bidang nyanyian.

Ditanya mengenai video muzik yang diarahkan oleh Mr. Syak sendiri, “Saya sangat gembira dapat jayakan rakaman lagu dan video muzik ini bersama kumpulan Nova dan rakan-rakan yang lain dalam masa sama menjaga SOP sesama kita. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan kawalan ketat dan kerjasama yang baik dari pihak produksi dan juga warga kerja Botol Mask Entertainment dan AMW Production”, tambah Aboi.
‘Lusa Dah Nak Raya’ telah dilancarkan di saluran YouTube Botol Mask Entertainment pada 8 Mei 2021 dan telah pun mendapat tontonan yang amat memberangsangkan.