“Sebenarnya mereka macam tak mengingati saya lagi dah…macam saya ni takde sejarah dengan Lefthanded” itulah luahan saudara Amran Marsiman atau Yan selaku pemain gitar bass ketika ditemui pemberita kelkatu TV sempena Konsert Jelajah Raksasa 1 bertempat di Jempol Negeri Sembilan.

Yan juga memaklumkan dia masih lagi anggota kumpulan rock lagenda itu yang ditubuhkan pada tahun 1979 dan beliau tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara ini kerana menganggap akan menjadi isu kelak.
Beliau juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mengundurkan diri dari kumpulan Lefthanded dan beliau juga masih aktif sebagai pemuzik dan masih lagi membuat persembahan pentas.

Yan diiktiraf antara pemain bass yang dihormati dalam industri muzik tanah air. Permainannya yang versatile membuatkan dia sering menjadi pilihan untuk rakaman album dan persembahan penyanyi popular.