KUALA LUMPUR – Penulis, Youtuber dan pemuzik berasal daripada Indonesia, Fiersa Besari telah mengadakan sebuah konsert ‘Pertunjukan Tunggal Fiersa Besari – Berjalan Mundur’ di Zepp Kuala Lumpur, semalam di sini. Seramai 2000 peminatnya hadir bagi menyaksikan persembahan Fiersa bersama 4 pemuzik pengiringnya.
Bertepatan dengan lagu-lagu yang disampaikan beliau, Fiersa membuka tirai pentas jam 9 malam menerusi lagu-lagu yang dipetik dari album-album beliau, Fiersa bernyanyi sambil memainkan gitar telah berjaya menawan hati peminatnya untuk healing bersamanya sehingga ke akhir persembahan. Fiersa turut bergandingan bersama penyanyi Aisha Retno dan Feby Putri bagi mewarnai lagi konsert yang sememangnya dinantikan oleh peminat beliau.
“Kita enggak benar-benar sembuh, cuma makin hebat menutupi rasa sakit.”
“Kita masih saja berkirim pesan; mentertawakan kehidupan; membahas perihal kenangan; hingga terbawa perasaan.”
Pepatah berkata, “lakukan hal yang kau sukai, sukai hal yang kau lakukan,” seolah hidup sesimpel itu. Padahal, ada banyak hal yang mesti kita lakukan, suka atau tidak suka, mau atau tidak mau, demi kebahagiaan keluarga dan orang-orang yang kita sayangi.
Foto oleh: Subky Hj. Bebit