July 18, 2024

KUALA LUMPUR – Tanjak Adventure & Tour (Tanjak Global) kembali dengan perancangan 2024 dengan penganjuran konsert ‘An Intimate Night With Fabio Asher and Aizat Amdan’ , menampilkan gabungan dua penyanyi hebat yang tidak asing kepada para peminat muzik pop Malaysia dan Indonesia. Ianya akan diadakan di JioSpace, Petaling Jaya pada 24 Februari 2024 bermula jam 8:00 malam.

Ini merupakan kali pertama Fabio Asher dan Aizat Amdan bertemu dan berkongsi pentas yang sama. Walau bagaimanapun, kedua-dua artis sudah mula bekerja untuk menyampaikan hanya pertunjukan terbaik untuk peminat mereka.

Dianggarkan sebanyak 30 buah lagu bakal dipersembahkan di malam konsert dengan beberapa buah lagu akan didendangkan secara duet oleh kedua-dua artis ini dalam satu sessi kolaborasi yang sangat Istimewa. Para peminat yang hadir ke konsert akan mengalami suatu persembahan yang sangat intim dari Fabio dan Aizat.

Bagi Aizat yang kini sudah memasuki 17 tahun didalam industri muzik, sudah agak lama tidak mengadakan sebuah konsert berskala penuh. Beliau mahu menjadikan konsert acara untuk yang mengeratkan kembali hubungan beliau dengan para peminatnya yang sentiasa menberi sokongan kepada karier beliau selama ini.

Bagi Fabio yang hadir mengadakan konsert di Kuala Lumpur untuk kali ke 3, pastinya akan mahu memberikan kelaianan buat peminatnya. Berkongsi pem Aizat yang berkongsi pentas bersama Aizat pastinya bakal menyaksikan kelainan dalam persembahan Fabio kali ini.

Tiket untuk menghadiri konsert ini boleh didapati  di https://tanjak.ubertickets.asia.

Tiket-tiket dibahagikan kepada  4 kategori iaitu Kategori A (berdiri), Kategori B (berdiri), Kategori C (berdiri), dan Kategori D Upper Tier (duduk). Harga tiket bermula dari RM198 sahaja.

Sebagai penganjur, matlamat Tanjak Global adalah untuk menganjurkan konsert yang memberikan suatu pengalaman indah yang oleh para penonton.  Untuk tahun 2024, Tanjak Global merancang untuk menganjurkan lebih banyak konsert yang mempamerkan kolaborasi kreatif antara artis Malaysia-Indonesia yang lebih terancang dan unik. Bukan sekadar berkongsi pentas didalam satu konsert.

Maklumat lanjut serta pelbagai pengumuman Istimewa boleh didapati dengan mengikuti laman Facebook dan Instagram: Tanjak Adventure Tour.