‘Malaysiaku Berjaya’ hadiah sempena Hari Malaysia

GLE Energy Sdn. Bhd mengambil inisiatif dalam menyemarakkan lagi Hari Malaysia yang disambut pada 16 September dengan mendidikasikan single terbaru lagu patriotik ‘Malaysiaku Berjaya’.

Vince, Njwa dan Sabreena semasa proses rakaman lagu ‘Malaysiaku Berjaya’

Menurut salah seorang penyanyi lagu tersebut, “saya tidak pernah lagi mendengar lagu tersebut tetapi saya begitu tertarik menerima lamaran untuk menyanyikan lagu ini kerana lagu tersebut adalah lagu patriotik” jelas Njwa Mahiaddin.

Selain Njwa lagu ini turut dinyanyikan bersama Vince Chong (AF1) dan Sabreena yang merupakan anak kepada pemain percussion terkenal Steve Thornton. Beliau yang terlibat dalam proses rakaman lagu tersebut amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan GLE Energy Sdn. Bhd yang merupakan syarikat bertanggungjawab dalam merealisasikan projek single lagu partiotik tersebut.

Steve Thornton dan Njwa sebelum memulakan proses rakaman

Proses rakaman telah dijalankan di Maveriq Studio, Petaling Jaya dan pembikinan video muzik disebalik tabir juga dilakukan di tempat yang sama.

pembikinan video muzik disebalik tabir

lagu yang berjudul ‘Malaysiku Berjaya’ telah pun di lancarkan dan dimuatnaik di platform penstriman muzik Spotify.

video muzik di sebalik tabir

Lirik video ‘Malaysiaku Berjaya’