May 23, 2024

Nama Mat Kilau memang tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia dalam kamus sejarah negara ini. Selepas kisahnya diabadikan menerusi filem yang mendapat sambutan hangat baru-baru ini, Mat Kilau telah meninggalkan kesan di kalangan rakyat Malaysia dalam budaya pop tempatan hari ini. Namun, ianya tidak terhenti di situ sahaja. VNG Games salah satu pengimport dan pengedar permainan eSport terkenal seperti PUBG Mobile, dengan bangganya mengumumkan bahawa wira legenda Mat Kilau kini akan memasuki dunia alam maya dan mengembangkan legasinya pada permainan mudah alih – King of Nations !

Dato’ Adi Putra dan Fattah Amin bicara tentang King Of Nations!

King of Nations kini tersedia di Google Play dan App Store bermula 22 Ogos lalu, jangkaan peminat tempatan semakin memuncak apabila permainan itu diperkenalkan oleh pelakon asal iaitu Dato’ Adi Putra dan Fattah Amin. Lakonan yang mantap dan semangat juang dalam filem Mat Kilau membuatkan 2 selebriti popular ini dipilih untuk mencuba permainan mudah alih terkini keluaran VNG Games.

Menurut Dato’ Adi Putra, “Replikasi watak Mat Kilau yang menarik dalam versi permainan digital ini dipadankan dengan busana Melayu yang dibuat terperinci termasuk senjata tradisional.”

Dato’ Adi Putra adalah bintang Malaysia yang mempunyai kebolehan untuk menjiwai semangat Melayu sejati seperti Mat Kilau. Dia yang memiliki sifat itu, sememangnya wajar untuk melihat dia mengulas permainan digital King Of Nations yang menampilkan Mat Kilau sebagai watak permainan.

Dalam pada itu, Fattah Amin juga menyarankan supaya rakyat Malaysia turut meraih permainan mudah alih tersebut demi menyemarakkan semangat kepahlawanan bangsa Melayu sempena hari Kebangsaan Malaysia.

Karisma Fattah Amin amat terserlah dalam hasil kerjayanya dan dia dilihat mempunyai bakat untuk berlakon pelbagai jenis watak. Ini merupakan sesuatu yang bernilai buat VNG Games untuk sampaikan yang mana Fattah memainkan watak, taktik, dan mencipta pertempuran yang berbeza dan menakjubkan.

Merdeka: pahlawan Melayu sebagai watak permainan!

Penciptaan watak permainan mudah alih ini diilhamkan dari filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan,  yang mana sejarah kehidupan sebenarnya telah menjadi bualan utama peminat filem tempatan dan antarabangsa dengan kejayaan besar box office di pawagam baru-baru ini. Watak yang sering dipandang tinggi kerana kesungguhannya menjaga keamanan bangsa Melayu yang penuh dengan keberanian, ketabahan dan kemahiran bersilat menjadi inspirasi ramai, khususnya golongan belia. Dalam semangat Hari Kemerdekaan yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini, watak Mat Kilau kini telah ditambah ke dalam permainan sebagai watak yang boleh dimainkan untuk menggalakkan kebanggaan dan patriotisme di kalangan pemain tempatan.

Gaya seni wira baharu itu melibatkan penggunaan baju silat dengan buatan yang terperinci dan pakaian tradisional budaya Melayu khas untuk mempertahankan diri telah dijadikan sebagai pakaian tempurnya bagi mengekalkan semangat kepahlawanan Melayu. Sebagai usaha menyemai nilai kebanggaan negara terhadap adat budaya, King of Nations turut memakai hiasan kepala tradisional yang dipanggil ‘tengkolok’ dan senjata tradisional seperti keris Melayu untuk menampakkan beliau sebagai lambang keberanian dan patriotisme sebagai pahlawan Melayu di era penjajahan.

Impak Wira Melayu dalam dunia maya

Dengan penambahan watak baharu Mat Kilau dalam King Of Nations, pemain juga boleh bermain dengan watak tempatan yang berpotensi dimana pada asasnya untuk meningkatkan pengalaman pertempuran dalam permainan dan lawan mereka! Pemain boleh menyelami dunia King Of Nations dan bertempur melawan wira tamadun lain, samada dari Timur atau Barat, serta menulis semula sejarah perang terbesar dunia dan meninggalkan jejak mereka.

Spesifikasi rendah, lebih ruang, tawaran percuma!

King of Nations merupakan permainan muat turun percuma yang hanya memerlukan 480mb ruang pada telefon pintar pemain! Apa yang membezakan King of Nations dengan permainan mudah alih lain adalah mod permainan di medan pertempuran wira berbilang tamadun yang sangat menarik. Selain itu, permainan ini menawarkan pelbagai tawaran promosi sebagai tanda penghargaan kepada pemain mereka! Tawaran promosi termasuk 300 tiket percuma untuk pengambilan Wira Lagenda dalam masa 7 hari, Hero Athena 5 bintang secara percuma dengan tempoh log masuk 7 hari dan cabaran untuk mendapatkan lebih banyak tiket menjadi ahli secara percuma.

Wira legenda Mat Kilau kini akan memasuki dunia alam maya