Melly Goeslaw kembali dengan Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite

KUALA LUMPUR – Selepas mencipta kenangan indah menerusi dua siri konsert terdahulu, komposer dan penyanyi tersohor Indonesia, Melly Goeslaw, akan kembali menggegarkan pentas melalui Konsert Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite, yang bakal berlangsung pada 31 Mei 2025 di Axiata Arena mulai jam 8.30 malam.

Konsert ini melengkapkan trilogi istimewa selepas kejayaan siri Back To School dan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi). Melly, yang terkenal dengan lagu-lagu hits seperti Gantung dan Ada Apa Dengan Cinta, ingin mengabadikan detik-detik luar biasa bersama peminatnya.

“Kalian kangen aku?” Itulah ungkapan pembuka Melly ketika menyapa peminat Nusantara, menandakan kembalinya beliau ke pentas megah tahun ini.

Menurut Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite adalah malam kemuncak yang dirancang rapi sejak projek ini dimulakan pada 2023.

“Ini adalah penghormatan terakhir Melly kepada peminatnya dalam siri ini. Ia bukan sekadar konsert, tetapi pesta penuh emosi yang akan membawa penonton menjelajahi terowong masa, mengimbas kembali memori manis dua konsert terdahulu. Tema malam ini ialah ‘Dress To Kill’, sesuai dengan suasana eksklusif dan glamor,” kata Iman.

Beliau turut menyeru penonton untuk mengenakan busana terbaik bagi memeriahkan suasana malam prom ini.

“Anggaplah ini sebagai peluang bertemu kembali rakan-rakan yang sama-sama hadir ke dua konsert sebelumnya. Pastikan malam ini menjadi pengalaman paling diingati.”

Melly sendiri tidak sabar untuk bertemu peminatnya sekali lagi. “Tiada janji manis, hanya keinginan tulus untuk mencipta kenangan terindah bersama kalian pada malam tersebut,” ujarnya.

Harga Tiket & Pembelian

Tiket kini boleh didapati di laman sesawang www.ticket2u.com.my. Berikut adalah kategori dan harga tiket:

• Prom Kayangan: RM 558

• Pesona Malam: RM 428

• Malam Dipagari Bintang: RM 328

• Gala Glamor (Standing): RM 258

• Magis Cahaya Bulan: RM 228

Informasi Konsert

• Acara: Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite

• Artis: Melly Goeslaw

• Tarikh: 31 Mei 2025

• Lokasi: Axiata Arena

• Masa: 8.30 malam

• Penganjur: Icon Entertainment

• Pembelian tiket: www.ticket2u.com.my

Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri malam penuh gemilang ini. Bersiaplah untuk menyanyikan lagu-lagu kesayangan bersama sang legendaris dan meraikan memori indah yang tidak akan berulang lagi. Ini malam kalian.