May 21, 2024

KUALA LUMPUR -Album pertama dari kumpulan The Alif yang berjudul Menakluk Jagatraya, Kini telah pun berada di seluruh digital platform muzik, album yang mengandungi 8 buah lagu ini telah mengambil masa selama satu tahun untuk proses menyiapkan segala rakaman lagu dan persiapan dalam pembuatan album Menakluk Jagatraya.

The Alif yang dianggotai oleh King (Vokalis) , Ijoy (Pemain Bass & Keyboard) Shah Chacha (Drum) dan Jay Cugat (Pemain Gitar) telah menamakan album mereka berjudul Menakluk Jagatraya sebagai nama album pertama mereka, Jagatraya yang bermaksud (Seluruh Dunia) adalah definisi misi kami untuk menakluk telinga pendengar muzik di seluruh dunia untuk mendengar dan menyukai karya karya kami, ujar King selaku ketua kumpulan The Alif, untuk konsep album kami masih mengekalkan muzik rock dan britpop seperti lagu lagu kami sebelum ini, tapi kami telah membuat sedikit penambaikan dari segi bunyi dan sedikit injeksi moden untuk kami kekal relevan dan segar di telinga pendengar muzik

Di dalam album ini juga terdapat satu lagu patriotik bertemakan cintakan negara iaitu “Negaraku Malaysia “ ujar Alif,lagu ini adalah hasil semangat cintakan negara tambahan pula di bulan kemerdekaan dan kebangsaan.Selain “Negaraku Malaysia” lagu yang di jangka mendapat sambutan adalah “Ratna” yang bertemakan cinta yang bertepuk sebelah tangan,semua dari kita pernah mengalami situasi ini tambah aliff hassan composer lagu ini.

Antara cabaran dalam rakaman ini adalah dari kos dan masa, ini kerana semua kos rakaman dan penerbitan adalah dari duit poket kami sendiri, ia sedikit sebanyak memberi cabaran yang sukar untuk kami tempuh, tapi atas berkat kesabaran dan kesefahaman kami berjaya menyelesaikan album ini dengan baik, studio Hotsound adalah tempat kami melakukan proses rakaman alat muzik dan juga rakaman suara, untuk rakaman kami dibantu oleh jurutera bunyi iaitu saudara Ikhwan  Rosli dan untuk mixing dan mastering kami telah menggunakan khidmat saudara Muhd A Husni dan juga saudara Mokhtar, hasil kerja mereka sedikit sebanyak membuat lagu lagu di dalam album Menakluk jagatraya lebih segar dan sedap di dengar.

kami juga akan melancarkan muzik video kesemua lagu lagu di dalam album ini, secara berperingkat untuk pendengar lebih rasa perjalanan lagu lagu dalam album ini, dan lagu Ratna dipilih sebagai single pertama The Alif, kami berharap album pertama kami mendapat sambutan dan peluang kepada semua pendengar muzik tanah air, lirik video single ratna telah rilis di youtube https://www.youtube.com/watch?v=Nno6Kd6ZMEw.

Album The Alif – Menakluk Jagatraya boleh didengari diseluruh digital platform muzik antaranya (Spotify, Joox, Apple Music, Youtube, KK Box & Deezer)