Program menampilkan gandingan pelakon Zulin Aziz dan Nadhir Nordin sebagai hos telah kembali pada bulan Ramadan ini dan bersiaran di TV2
KUALA LUMPUR -Program travelog santai, “Ronda-Ronda Ramadan” berkonsepkan food-hunting untuk mencari juadah berbuka puasa dan tempat makan yang popular dan viral di sekitar tanah air kembali bersiaran tahun ini.
Isi kandungan
Menampilkan gandingan pelakon Zulin Aziz dan Nadhir Nordin sebagai hos, program terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM untuk musim ketiga ini kembali memulakan kembara mencari makanan dan resepi viral pada bulan Ramadan.
Juadah Ramadan yang menarik dan unik mengikut konsep
Bersiaran mulai hari ini 15 Mac 2024, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 2.30 petang di TV2, kali ini menzahirkan kepada khalayak sasaran juadah Ramadan yang menarik dan unik mengikut konsep serta tema restoran-restoran tempatan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Penonton diajak menelusuri warna-warni tradisi dan aroma tempatan melalui empat segmen terbaharu tahun ini. Bermula dengan segmen Jom Singgah penonton diajak singgah ke kafe atau restoran-restoran menarik di sekitar bandar yang dipilih.
Selebriti undangan dalam segmen Biz Selebriti
Diikuti segmen Biz Selebriti, menjenguk dapur selebriti sambil bertanya khabar kerjaya dan perniagaan terkini yang diusahakan mereka. Antara selebriti undangan temasuklah Mawi, Lana Nordin, Mila Jirin, Dato’ Fazley, Zizi Kirana, dan Linda Onn. Turut berkongsi resipi mereka pempengaruh media sosial Haze, Syamimia, Aleeya Zailan, dan ramai lagi.
Berkongsi tips serta info kesihatan
Menarik dalam segmen Fit Ramadan pula mengundang Dr. Malar dan Puan Liana Shaza, pakar nutrisi / diet / pemakanan berkongsi tips serta info kesihatan terkini. Akhir sekali nantikan segmen Kelentang Kelentung, memasak menu daripada restoren terpilih sambil melakukan aktiviti-aktiviti menarik di situ.
Luangkan masa menyaksikan program ini di TV2 atau ikutinya menerusi penstriman langsung secara percuma di RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).