Buat julung kalinya, Astro memaparkan drama di sebalik tabir pembikinan pertandingan realiti nyanyian. Dengan pengalaman berdekad lama dalam menerbitkan rancangan-rancangan realiti nyanyian popular, Astro kini menyingkap kisah-kisah yang berlaku di sebalik pembikinannya. Menerusi siri fiksyen yang diilhamkan oleh kisah-kisah benar, ‘One Million Dollar Voice’ bakal mengundang pelbagai reaksi dan pertanyaan di kalangan para penonton dan peminat drama.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad dalam kenyataannya, “Kisah ‘One Million Dollar Voice’ bagaikan manifestasi rancangan-rancangan realiti nyanyian yang Astro terbitkan dalam suasana fiksyen. Tidak dapatkan dinafikan Astro sinonim dengan rancangan-rancangan realiti nyanyian sejak penubuhannya.
“Mengambil kesempatan serta insider knowledge yang ada, kami terilham untuk menerbitkan sebuah drama rantaian yang menyingkap kisah di belakang tabir sebuah rancangan realiti nyanyian. Ternyata ini merupakan satu advantage untuk kami mencipta semula sebuah rancangan realiti secara fiksyen untuk dijadikan tontonan para penonton.
‘One Million Dollar Voice’ turut merupakan tajuk original yang direka dan dihasil oleh para penulis kumpulan Fiksyen Melayu Astro yang telah membawakan hits seperti ‘Sweet Dreams’, ‘Perempuan Tanpa Dosa’, ‘Imam Instant Ustazah Scammer’ dan ‘Budak Hostel Otaknya Sewel’.”
Dengan memberi kepercayaan kepada Michael Ang sebagai sutradara, pihaknya yakin drama rantaian ini mampu menggamat mood tontonan para penonton. Barisan pelakon yang menjayakan drama ini pula mampu menarik perhatian ramai.
“Kolaborasi antara yang sudah menempa nama dengan yang baharu pastinya akan menarik pelbagai segmen penonton ke platform yang telah disediakan. Itulah pelbagai keunikan ‘One Million Dollar Voice’. Kami berharap agar para penonton teruja apabila menonton drama in kerana kami menjanjikan satu kelainan yang nyata.” Katanya.
‘One Million Dollar Voice’ mengisahkan krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton. Dengan tekanan yang diterima, penerbit TJ yang dipegang oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun. Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta.
Antaranya Ali yang dimainkan oleh Ben Amir yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman gang lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan anak seorang anggota polis. Manakala Zana yang dilakonkan oleh Amelia Henderson ingin membebaskan dirinya daripada dibelenggu oleh kisah silamnya sebagai seorang pekerja seks dengan bertekad untuk memenangi wang tunai tersebut. Joe yang dimainkan oleh Lah Ahmad perlu melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya. Begitulah kisah-kisah yang bakal menyulami naratif ‘One Million Dollar Voice’ kelak.
“Jika di hadapan kamera kita boleh menyaksikan pelbagai drama yang berlaku secara LIVE, apatah lagi drama di sebaliknya. Pastinya banyak kisah yang menarik berlaku. Olahan cerita menerusi ‘One Million Dollar Voice’ adalah fiksyen namun diilhamkan oleh insiden-insiden yang pernah terjadi.
“Gaya garapan yang bakal ditonjolkan amat berbeza dengan drama-drama yang ada di luar sana. Pentas yang digunakan adalah yang sebenar lantas memberi ambiance yang seakan-akan sama dengan produksi kami.
“Elemen-elemen seperti reaksi barisan juri, wajah-wajah para hos serta penonton di auditorium pertandingan bagaikan cerminan realiti. Malah kami turut mempunyai cameo wajah-wajah tersohor industri seperti Nabil Ahmad dan Kak Lina yang memainkan diri mereka selaku hos. Manakala Ajai dan Datuk Syafinaz Selamat membuat penampilan istimewa sebagai juri. Ceddy Ang, Ara Johari, Cat Farish, Syamel dan Ayda Jebat juga membuat penampilan khas untuk siri ini.” Jelas raqim lagi.
‘One Million Dollar Voice’ membariskan nama-nama hebat and popular dunia hiburan Malaysia termasuk Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren, Sean Lee, Zarul Umbrella serta nama-nama baharu seperti Naufal Azrin, Uriah SK, Neeta Manisha, Bee Aishah, Ezra Kairo, Tracie Sinidol, Layla Sania dan ramai lagi. Drama yang bakal menggegarkan industri hiburan ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden.
‘One Million Dollar Voice’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 28 Ogos 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.