Belum lagi reda dengan isu-isu sebelum ini, sekali lagi nama Adami muncul dikalangan netizen dengan gambar hantaran di media sosial miliknya baru-baru ini. Apa cerita pulak kali ini, Adami?
Semenjak akhir ini, penyanyi lagu Angauku Mekar ini sering menjadi perhatian. Dengan memuat naik gambar disebalik tirai itu mengundang pelbagai reaksi, namun Adami berkata ianya tiada apa-apa yang keterlaluan.
“Takkan la saya nak post gambar-gambar yang melampaui batasan, cuba perhatikan betul-betul, jangan sekali imbas,” ujarnya ketika ditanya pihak media.
Menyedari setiap gerak-gerinya akan menjadi perhatian terutama mereka yang mengikuti perkembangan dirinya di media sosial, Adami mengingatkan jangan terlalu cepat untuk menjadikan sesuatu perkara yang dilihat itu sebagai satu topik cerita yang hangat. Menafikan apa yang dilakukan ini hanya mencari publisiti murahan, Adami tidak merasakan seperti itu kerana dia menganggap perkara ini sama seperti pengguna media sosial yang lain.
“Saya minta maaf jikalau posting itu terlampau dan saya tidak ada niat lain pun. Kemungkinan orang ramai terlalu cepat menilai dan memberi komen yang agak negatif, namum apa pun saya terima dengan hati terbuka dan akan sentiasa menjaga batas diri saya.” Ujarnya.