December 5, 2023

Kumpulan muzik yang baru sahaja ditubuhkan awal tahun 2023, telah melancarkan single dan muzik video pertama mereka berjudul “Monofonik” pada 24 September lalu dan kini single mereka telah berada di semua pelantar digital. Menggelarkan diri mereka Monosterio yang dianggotai oleh Izan (vokal), Anep (drum) dan Alan (gitar), bergerak secara bebas tanpa bernaung dibawah mana-mana syarikat rakaman, manakala Asia Empire Record sebagai distributor digital

Monosterio menampilkan konsep alternative art rock yang mana peluncuran single pertama ini menonjolkan konsep serta identiti mereka sebelum mereka menghasilkan album penuh. Monosterio yang kini dalam proses menghasilkan rakaman album penuh album, bakal berada dipasaran dalam bentuk cakera padat beserta barangan eksklusif mereka seperti t’shirt, stiker, poster dan lain-lain lagi barang dagangan (merchandise). 

Menurut mereka, pembikinan lagu Monofonik dicipta sepenuhnya oleh Monosterio sendiri manakala lirik ditulis oleh pemain guitar mereka iaitu Alan. Segala proses rakaman, mixing serta mastering dilakukan sendiri oleh Anep. Manakala proses rakaman dijalankan di Studio Asia Empire Record. Ini bererti secara segala pembikinan lagu ini dihasilkan sepenuhnya oleh Monosterio dari awal hingga proses akhir. Muzik video rasmi Monofonik telah diarahkan oleh Pitt Hassan (Pitto) dari Social Project Empire. 

Monosterio memilih sebuah studio di Alor Setar sebagai lokasi pengambaran muzik video pertama ini. Muzik video ini boleh ditonton di Youtube rasmi Asia Empire Record.

Single berjudul Monofonik ini mengisahkan tentang seseorang yang cuba menyelar sikap tertentu dan ia ibarat seseorang menggunakan saluran tertentu dengan menyampaikan isu semasa atau apa sahaja yang berlaku didalam kehidupan harian. Ia ibarat menggunakan bunyian monofonik suara atau bercakap menggunakan mikrofon dengan menyuarakan sesuatu yang boleh berlakunya perbalahan atau kekeliruan pada orang lain.

Monofonik menggambarkan ia ibarat tempat membuka ruang fitnah, memaki hamun dan sebagainya yang membuatkan banyak perkara menjadi kucar-kacir dan sangat relevan dengan apa yang berlaku diseluruh dunia pada zaman sekarang ini. mereka juga mampu menarik perhatian umum hanya dengan menyuarakan sesuatu melalui monofonik suara atau mikrofon dan apa yang disuarakan itu merangkumi juga dalam penggunaan media sosial yang menjadi ajen penyebaran fitnah dan perkara-perkara yang menjurus ke arah negatif.

Bagi peminat yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan kumpulan Monosterio ini boleh melayari laman Facebook dan Instagram mereka di monosterio_officials.

MONOSTERIO – MONOFONIK ( OFFICIAL MUSIC VIDEO )