MR NUSANTARA 2025 Satukan Malaysia, Singapura dan Indonesia di Pentas Serantau

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2025 – Agensi bakat dan acara antarabangsa, Beam Artistes, melakar sejarah dengan menganjurkan edisi sulung pertandingan lelaki terbesar di rantau ini, MR NUSANTARA 2025, yang menyatukan wakil dari tiga negara serumpun – Malaysia, Singapura dan Indonesia – dalam satu acara gemilang yang meraikan warisan, gaya dan bakat Nusantara.

Pengumuman rasmi telah dibuat dalam majlis penyematan selempang serta sidang media yang berlangsung di Centrestage, Sungei Wang Plaza malam semalam.

Seramai 36 peserta akan berentap dalam acara ini, yang julung kalinya menghimpunkan wakil dari tiga negara jiran dalam satu pentas berprestij. Malaysia dan Singapura masing-masing diwakili oleh 15 peserta, manakala Indonesia menghantar 7 peserta, lebih rendah daripada jumlah asal berikutan beberapa insiden yang tidak dijangka.

Menurut kenyataan rasmi, beberapa peserta dari Indonesia tidak dapat hadir selepas berdepan campur tangan luar dari sebuah agensi tempatan, namun penganjur melahirkan rasa syukur atas kehadiran mereka yang tetap hadir demi mengharumkan nama negara masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Beam Artistes dan pengasas MR NUSANTARA, Samuel Seow, dalam ucapan alu-aluan menyatakan:

“MR NUSANTARA bukan sekadar pertandingan – ia adalah perayaan warisan dan kesatuan serantau. Kami berbesar hati menyatukan tiga negara ini dalam satu acara yang mempamerkan semangat dan kebanggaan rantau Melayu.”

Tambah beliau lagi, format pertandingan terpaksa diubah suai kerana cabaran yang dihadapi namun menegaskan bahawa,

“The show must go on.”

Minggu pertandingan rasmi bermula hari ini, dengan ketibaan semua peserta di Kuala Lumpur dan akan berakhir dengan malam kemuncak pada 29 Mei 2025 di Galaxy Banquet Hall @ HGH Convention Centre, Sentul. Pertandingan ini dijalankan mengikut piawaian pertandingan antarabangsa.

Daripada 36 peserta, seorang daripada setiap negara akan dinobatkan sebagai:

  • MR SINGAPORE NUSANTARA 2025

  • MR INDONESIA NUSANTARA 2025

  • MR MALAYSIA NUSANTARA 2025

Ketiga-tiga juara kebangsaan ini akan bersaing sekali lagi untuk merebut gelaran utama MR NUSANTARA CHAMPION, yang bakal ditentukan sepenuhnya menerusi undian atas talian oleh peminat, menjadikan ia pertandingan pertama seumpamanya yang memberikan kuasa penuh kepada peminat untuk memilih juara sebenar.

Hadiah utama bernilai USD 80,000, termasuk wang tunai dan sebuah kereta baharu menanti juara keseluruhan.

Majlis kemuncak bakal dimeriahkan oleh persembahan kumpulan wanita sensasi tempatan, DOLLA, serta hidangan istimewa makanan Malaysia untuk para tetamu.

Tiket dan maklumat undian boleh diperoleh di laman web rasmi: www.thevotique.com

Pertandingan ini disokong oleh penaja utama A.M Aesthetics dan Alluora Skincare, dengan kerjasama pelbagai rakan strategik seperti HGH Convention Centre, Sungei Wang Plaza, Hotel Steg KL, Appolo Art Photography, ArtFigura, dan ramai lagi.

Antara rakan media rasmi termasuk Missosology, MBPFC, Hype Pageantry dan Miss Malaysia Pageant, manakala Magazine World dan Rentak Sejuta turut bertindak sebagai rakan media utama.

PROFIL PESERTA MR NUSANTARA MALAYSIA 2025

  1. Thamil Chelvan, 29, Usahawan – Kulim, Kedah

  2. Pietaloma, 26, Pegawai Penyelesaian Perdagangan – Batu Caves, Selangor

  3. Amin Eghtedari, 38, Jurutera Elektrik Bebas – Kuala Lumpur (Iran)

  4. Richard Wong Chun Kiat, 28, Peguam – Klang, Selangor

  5. Pourya Shapourzadeh, 29, Peragawan – Kuala Lumpur (Iran)

  6. Azwan Ismail, 47, Usahawan – Alor Setar, Kedah

  7. Tan Jun Jie, 25, Pereka Dalaman – Pulau Pinang

  8. Mohd Faizal Ahmad, 37, Pakar Estetik – Tangkak, Johor

  9. Mohamad Faiz Miswan, 43, Pegawai Jualan Kargo – Nilai, Negeri Sembilan

  10. Leon, 43, Tukang Emas – Kota Kinabalu, Sabah

  11. Lee Chee Kiong (Lee CK), 55, Guru Inovasi – Tawau, Sabah

  12. Caden Chew, 39, Perunding Kewangan – Klang, Selangor

  13. Noramzar Abdul Ghani, 38, Jurulatih Kecergasan – Kedah

  14. Mohamad Amir Afandi Mazzlan, 26, Pakar Minyak Wangi – Kedah

  15. Aysraaf Rafi, 26, Perunding Keahlian – Dengkil, Selangor

PROFIL PESERTA MR NUSANTARA SINGAPURA 2025

  1. Mhar Jayson Cortez, 30, Jurutera Utama

  2. Willy Lim, 33, Usahawan & Jurulatih Kecergasan

  3. Yoganathan Pitchay, 35, Krew Kabin

  4. William Warumpal Archery, 28, Perunding Pengurusan Risiko

  5. Nicholas Erekose Sim, 48, Ketua Pegawai Eksekutif Fiduciary Group

  6. Raees Mhmd, 27, Pemilik Kafe

  7. Keith Lam Mun Thian, 36, Bekas Krew Kabin (Kuching)

  8. Raja Sekaran (Josandran), 29, Kakitangan Meja Hadapan

  9. Jon Phua Yong Chuan, 36, Pakar Strategi Komunikasi

  10. Leong Pak Kuan (George), 55, Jurulatih Kecergasan

  11. Alfie Tjen, 34, Pengurus Pemasaran Accor Ibis

  12. Ahmad Ashrafiqri Kahar Muzakar, 24, Pegawai Respon Lapangan

  13. Thineswaran Maniraja, 24, Pegawai Bank

  14. Amyn Othman, 33, Pakar Paparan Visual

  15. Danial Hadi, 25, Operator Tarikan – Universal Studios Singapore

PROFIL PESERTA MR NUSANTARA INDONESIA 2025

  1. Abdul Rozak (Zakky), 27, Jurusolek

  2. Reza Aulia Waskito, 32, Pekerja Korporat

  3. Candra Hakiki, 31, Peragawan

  4. Aswandi Rosyid, 26, Peragawan

  5. Rahmat Wahyu Aji Saputra (Gio), 25, Peragawan

  6. Marco Hartanto (Marco Marcus), 35, Penyanyi & Penulis Lagu

Tentang Beam Artistes
Beam Artistes ialah syarikat pengurusan bakat dan penganjur acara terkemuka serantau yang berteraskan kepelbagaian budaya serta menjulang bakat serantau ke peringkat antarabangsa. Beam terus mencetus kelainan menerusi acara inovatif yang inklusif dan memupuk perpaduan dalam dunia hiburan serantau.

Sokonglah para peserta kita dalam semangat ‘Serumpun Nusantara’!