KUALA LUMPUR, 30 Mei 2025 – Selepas kejayaan single sulung mereka, Boy Best Friend (BBF), kumpulan muda berbakat, MUAH!, sekali lagi mencuri perhatian peminat muzik tempatan dengan kehadiran karya terbaharu yang berani dan menghiburkan berjudul KAJANG. Lagu ini akan mula menemui pendengar di semua platform digital bermula hari ini, 9 Mei yang lalu, hasil kerjasama eksklusif dengan Sony Music Malaysia.
Kumpulan MUAH! yang terdiri daripada lima anggota berbakat – Naim Daniel sebagai vokalis utama dan pemain gitar, bersama Zenith (gitar), Tasneem (Bass), Mairil (Deram), dan Ayai (Keyboard) – terus menunjukkan kekuatan mereka dalam menghasilkan lagu yang penuh karakter dan emosi remaja masa kini. KAJANG tampil dengan konsep lagu cinta tiga segi yang penuh dengan ironi dan twist yang catchy, sesuai dengan selera generasi muda masa kini.
Lagu ini mengangkat tema cinta yang rumit, namun disampaikan dengan gaya bersahaja, lucu, dan penuh drama. Lirik-lirik seperti “Alaaa bodo aku kantoi lagi sekali” dan “Macam mana aku nak twist story ini” mencerminkan kekalutan dan kekecohan yang sering dialami dalam percintaan, menjadikan lagu ini sangat relatable buat pendengar yang pernah atau sedang bergelut dengan situasi cinta segitiga.
Dari segi komposisi, lagu KAJANG dicipta oleh Naim Daniel dan Mairil Hafiz, manakala penulisan liriknya dihasilkan oleh Naim Daniel dan Mairil Hafiz juga. Produksi lagu ini dikendalikan oleh Max Musa, memastikan lagu ini kedengaran segar dan mengena di hati pendengar.
Dengan melodi yang mudah diingati dan lirik yang jenaka, KAJANG dijangka menjadi lagu kegemaran baru yang mampu mencuri hati peminat muda dan dewasa. Kumpulan MUAH! sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan sahaja mampu menghiburkan, malah mampu menyampaikan mesej kehidupan melalui muzik.
Jangan lupa untuk strim dan kongsi lagu KAJANG hari ini di semua platform digital kegemaran anda! Pastikan anda tidak terlepas daripada kehangatan karya terbaru dari MUAH! yang pasti bakal menjadi perbualan hangat di media sosial dan kalangan peminat muzik tanah air.
Teruskan mengikuti perkembangan mereka dan saksikan bagaimana kumpulan MUAH! terus mengekalkan momentum mereka dalam industri muzik tempatan!