December 6, 2024

KUALA LUMPUR – Universal Music Malaysia telah menganjurkan acara “Music is Universal” yang diadakan pada 17 Mei lalu di the Tap Room KL, terletak di Bamboo Hills. Acara yang bermula jam 8 malam menampilkan persembahan menarik oleh artis-artis berbakat dari Malaysia serta Indonesia.

Objektif utama acara ini adalah untuk menghubungkan syarikat-syarikat Universal Music serantau, mengetengahkan bakat-bakat Universal Music Malaysia, dan memberikan peluang kepada warga kerja serta para artis Universal Music Malaysia untuk bertemu dan meluaskan jaringan hubungan dengan individu dari cabang-cabang Universal Music serantau.

Para jemputan termasuk wakil dari Filipina, Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam dan juga Thailand.

“Music is Universal” menampilkan persembahan dari artis-artis Malaysia dan Indonesia, sambil menampilkan kepelbagaian muzik yang kaya di Asia Tenggara. Selain itu, beberapa pertandingan diadakan buat peminat, dan ini akan memberi mereka peluang untuk bertemu selain menikmati persembahan daripada para artis.

Music is Universal adalah sebuah konsert yang menggabungkan para pemuzik berbakat dari aneka genre dan latarbelakang sambil menampilkan bunyi serta gaya mereka yang unik. Tahun ini menampilkan barisan artis luar biasa, termasuk DOLLA, Airliftz, dan Mikha Angelo.

Fakta Artis

DOLLA, Airliftz, dan Mikha Angelo merupakan antara artis yang akan menunjukkan bakat mereka di acara “Music is Universal” anjuran Universal Music Malaysia. Berikut beberapa maklumat menarik mengenai mereka:

DOLLA merupakan sebuah kumpulan nyanyian wanita yang semakin meningkat naik berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Syasya, dan Angel, DOLLA ditubuhkan pada tahun 2019. DOLLA melancarkan lagu pertama mereka, ‘DOLLA Make You Wanna’, terbitan Bryan B pada 20 Mac 2020 – video muzik lagu itu dah mencapai 3 juta tontonan di YouTube. DOLLA kemudian melancarkan lagu kedua bertajuk, ‘Impikan’, serta versi Bahasa Inggeris, ‘Watch Me Glow’, pada Oktober 2020. ‘Impikan’ meraih sejuta tontonan di YouTube kurang dari dua minggu, dan mendapat perhatian media secara meluas di arena tempatan selain antarabangsa, termasuk di rantau ASEAN dan juga Korea. Gadis-gadis ini juga telah bekerjasama dengan banyka jenama besar seperti Hyundai, Allianz, Cosmoderm, dan juga Xiaomi. Pada tahun 2021, DOLLA tercalon untuk kategori ‘Artis Baharu Terbaik’ serta ‘Kelab Peminat Terbaik’ di Era Digital Music Awards.

Airliftz adalah seorang penyanyi rap, penerbit, penulis dan pencipta lagu Malaysia. Bermula dari Soundcloud hingga ke pentas utama, dirinya telah membina nama dari bawah sehingga menjadi bakat muda yang diberi peluang menjadi artis pembuka untuk bintang antarabangsa seperti Anderson Paak dan Joji. Dia telah membuat persembahan di aneka festival muzik serantau dan menjadi artis rakaman di bawah RedRecords.

Mikha Angelo adalah seorang penyanyi dan pencipta lagu yang menempa nama selepas muncul di rancangan reality tersohor “X Factor.” Dia sudah mengeluarkan beberapa album yang berjaya dan membuat persembahan di pelbagai konsert dan acara seluruh Indonesia dan Asia Tenggara. Mikha dan kumpulan kugirannya telah berjaya melancarkan lebih 300 juta penstriman. Kini Mikha bakal mewujudkan kerjaya solonya bersama Universal Music Group.

Selain artis-artis berbakat ini, “Music is Universal” juga menampilkan beberapa orang DJ berbakat iaitu DJ Reeve, Alicia Fireheart dan MC Millo yang menyajikan muzik sepanjang acara.

Secara keseluruhan “Music is Universal” telah menjanjikan satu acara yang luar biasa dengan penampilan artis serta DJ berbakat dari Malaysia dan Indonesia.