KUALA LUMPUR – Gig Rakyat Jelata dianjurkan oleh CdBagasi Music akan melibatkan 11 band tempatan dan kesemuanya adalah penggiat muzik indie. Gig ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi industri muzik indie tempatan di mana tiket yang dijual dengan harga marhaen. Gig ini juga bertujuan untuk menyemai semangat ‘Bangga Jadi Rakyat Malaysia’. Enam band akan beraksi di setiap venue. Dua band lokal akan terpilih bagi mewakili ‘rakyat’ di mana persembahan diadakan. Sesuai dengan konsep gig ‘Dari Rakyat, Oleh Rakyat, Untuk Rakyat!’
Gig ini terbahagi kepada dua volume. Lokasi pertama berlangsung di Insider Satellite, Ipoh pada 22 Julai ini. Lokasi kedua pula akan diadakan di Rooftop City Plaza, Johor Bahru pada 26 Ogos 2023. Setiap acara akan berlangsung pada jam 5 petang dan berakhir sebelum jam 12 malam dengan persembahan setiap band selama 40 minit. Enam band akan membuat persembahan di setiap lokasi.
Band-band yang akan membuat persembahan di Ipoh adalah Couple dan Muck selaku band lokal. Manakala band yang lain adalah Pretty Ugly, Nitrus, Strike Out dan Late Night Frequency.
Di Johor Bahru pula band yang terlibat adalah Plague Of Happiness dan Terang Bulan sebagai wakil band lokal. Selainnya adalah Zip Zieller, Banyakbunyikrepublik, Sabda Alam dan Pretty Ugly.
Tiket Gig untuk kesemua venue ini telah pun dijual pada 26 Mei yang lalu di laman web https://cdbagasimusic.ubertickets.asia. Tiket-tiket dijual pada harga RM 70 untuk satu venue. Buat peminat muzik tempatan yang ingin menyaksikan persembahan di kedua-dua venue iaitu di Bandaraya Ipoh dan Johor Bahru, bolehlah membeli tiket dengan pakej harga bundle berjumlah RM120. Tiada tiket early bird ditawarkan kerana harga tiket yang dijual adalah sangat murah.
Segala sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami melalui email : cdbagasimusic@gmail.com atau terus hubungi UberTickets.
Foto: Papa Din