February 11, 2025

KUALA LUMPUR – Inginkan sesuatu yang unik untuk mengisi ruang rancangan lokal? Saksikan Mystic Village drama bersiri sebanyak 10 episod di Astro Premier Saluran 410 yang telahpun ditayangkan bermula 30 Oktober 2023 setiap Isnin pada jam 9 malam. Rancangan penyiasatan dengan unsur-unsur supernatural, bertempat di sebuah kampung di utara Semenanjung ini iaitu Kg. Sg. Gelik Kiri, dibintangi Gambit Saifullah, Kamal Adli, Yuna Rahim, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Neera Azizi, Anas Ridzuan dan Mubarak Majid. Mystic River diarahkan oleh Faizul Jais dan merupakan hasil tulisan penulis bersama, Honey Ahmad dan Bernice Low.

Drama ini mengisahkan seorang Imam-fluencer yang pulang ke kampung halamannya setelah dikecam netizen apabila Tweetnya tentang poligami meletup serta menimbulkan kemarahan beberapa pihak Di situ dia menjumpai bakat terpendam dalam menyelesaikan misteri-misteri yang membabitkan benda-benda ghaib. Bayangkan rancangan ini bagaikan kisah Sherlock Holmes bertemu rancangan reality TV popular, Imam Muda.

Sinopsis

Mystic Village adalah sebuah drama siasatan sarat dengan elemen supernatural yang mengikuti Yunus, seorang penyiasat insurans yang menjadi ustaz selebriti apabila dia memenangi naib juara siri realiti Imam Bistari. Setelah dikecam netizen dan dia pulang ke kampung, mindanya yang sentiasa ingin tahu tidak boleh duduk diam.

Tengok-tengok penghulu dan orang kaya kampung, Pak Saad dijumpai mati dihempap khemah qurban. Maka kecohlah sekampung dengan teori yang Hantu Raya telah makan Tuannya i.e. penyebab kematian Pak Saad. Yunus yang yakin ini semua spekulasi karut terjebak dalam menyiasat apa yang sebenarnya berlaku. Apabila dia mendedahkan kematian itu sebagai pembunuhan dan bukan kemalangan, Yunus mula mendapat reputasi sebagai selebriti yang boleh membongkarkan misteri. Bukan sahaja seorang Imam-fluencer, tapi Imam P.I. (lagi satu gelaran yang Yunus tak tahu samada dia mahu atau tidak).

Sambil dia melayan krisis identitinya, Yunus juga perlu mencari cara untuk mesra kembali dengan ayahnya yang tidak memahami hidupnya, persahabatan baru dengan seorang pemilik gerai bermulut laser dan penghulu baru Kampung Sg. Gelik Kiri yang ingin menaikkan nama kampung dengan menggunakan selebritinya. Penghulu baru ini bercita-cita tinggi dan juga ingin mencari jodoh untuk anak teruna arwah kawan baiknya. 

Bolehkah Yunus membongkar misteri di sebalik semua kejadian-kejadian pelik di Kg. Sungai Gelik yang semakin lama makin berkait dengan ‘pembunuhan’ Pak Saad? Tonton Mystic Village setiap malam Isnin jam 9 di Astro Channel 410 mulai 30hb Oktober.