December 4, 2024

KUALA LUMPUR – RTM berbangga dapat berkongsi keunikan dan keistimewaan kekayaan alam, budaya, makanan, muzik, sejarah dan senibina asal yang masih berdiri teguh dinegara-negara Asia Tengah menerusi tayangan program travelog terbaharu bertajuk “Merentas Sempadan #Satu Perjalanan”.

Memulakan episod pengenalannya pada 1 November lalu, travelog 26 episod ini boleh diikuti setiap Jumaat, pukul 12.30 tengah hari menerusi saluran Okey dan secara penstriman langsung RTMKlik.rtm.gov.my.

Pengembaraan Dzio sebagai hos bersama Cef Nakhaee ke Asia Tengah bermula dari Uzbekistan, Kazakhstan, Krygystan dan Turki. Merentasi tiga negara yang penuh dengan keistimewaan dan keunikan ini seperti membawa penonton ke zaman silam sehingga kini. 

Cef Nakhaee dan pengacara Dzio Dziaudee

Sepanjang perjalanan penonton disajikan dengan pemandangan yang cukup indah seperti gugusan tasik hujan, gurun, lembah, perkampungan, tasik, sungai dan pelbagai. Pengembara bersama cef akan melakukan aktiviti serta menjamu makanan tradisonal tempatan negara dilawati namun diolah sedikit mengikut citarasa Malaysia.

Travelog arahan Eoon Shuhaini terbitan Sulalatus Salatin Sdn. Bhd. ini pastinya menguajakan kerana antaranya di Almaty mereka memilih untuk masak di tebing sebuah sungai yang dingin berlatarkan gunung ganang yang indah, memasak di kaki Gunung Simyon yang menakjubkan di Kota Tashkent, manakala di Istanbul mereka memilih lokasi kawasan tepi Laut Hitam untuk memasak menu istimewa.

Kembara lokasi menarik pula antaranya mengunjungi Kyrgistan termasuklah Kota Bishkek, Issy Kul (terkenal dengan tasik atas gunung antara terbesar di dunia), dan bandar Karakol (sejarah penting kemerdekaan dan menjadi sebuah negara Islam). 

Seterusnya di Uzbekistan melawat bandaraya utamanya iaitu Tashkent, Samarkand, Bukhora, Almaty, dan Gunung Syinbulak (antara kawasan permainan sukan ski yang tertinggi di dunia). Manakala di Turki melawat Istanbul, Safranbolu, Ankara. Capadokia dan Konya. Luangkan masa menyaksikan keindahan dunia di Asia Tengah ini di saluran Okey dan RTMKLIK.