NIA RAMADHANI, SUAMI DIDAKWA POSITIF DADAH JENIS SYABU

JAKARTA – Nama Pelakon sensasi Indonesia, Nia Ramadhani kembali hangat diperkatakan selepas dia dan suami Ardie Bakri ditangkap pihak berkuasa didakwa kerana penyalahgunaan dadah.

Memetik laporan CNN Indonesia, perkara itu didedahkan oleh Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Jaya Kombes, Yusri Yunus sekitar pagi tadi waktu tempatan.

“Saya mengesahkan Nia dan Ardi kini ditahan di Balai Polis Jakpus,” katanya kepada media ketika ditanya mengenai penangkapan pasangan tersebut.

Namun begitu, maklumat lanjut berkaitan bukti dan kronologi penangkapan yang mengaitkan nama pasangan itu masih belum didedahkan.

Pihak media kini sedang mendapatkan kenyataan dan menghubungi pembantu peribadi Nia iaitu Tere berkaitan penangkapan terbabit.

Namun sehingga kini, semua pihak terdekat masih mengunci mulut mengenai penahanan tersebut.