
kumpulan muzik popular Indonesia yang berasal dari Jakarta, Nidji bakal mengadakan sebuah konsert di Miri, Sarawak yang diadakan di sebuah tempat acara yang berprestij bagi menarik penonton yang bersemangat dari pelbagai lapisan masyarakat. Konsert yang berlangsung di Eastwood Valley, Golf & Country Club pada 3 Februari 2024 bermula jam 8:00 malam dijangka dihadiri oleh 2500 Nidjiholic dari sekitar Miri dan Brunei, turut menampilkan 2 kugiran tersohor tempatan, D_Va dan MonoSterio sebagai persembahan pembukaan konsert ini.
konsert sensasi ‘Nidji : Pelangi Di Miri’ yang akan memikat hati penonton dengan aksi hebat Muhammad Yusuf Nur Ubay (vokal), Andi Ariel Harsya dan Ramadhista Akbar (gitar), Randy Danistha (kibod, synthesizer), Andro Regantoro (bass), serta Adri Prakarsa (drum) bakal memukau peminat Miri dan Brunei dengan lagu-lagu hit mereka seperti Hapus Aku, Biarlah, Laskar Pelangi, Heaven, Teroesir (Menunggu Karma), Sumpah Mati dan banyak lagi.

Konsert yang menampilkan penyanyi baharu, Ubay, ke dalam keluarga Nidji bakal menerajui kebolehan vokal luar biasa dengan aura energik Nidji yang dijangka membawa pengalaman baru kepada peminat-peminat setia di Miri. Ini adalah persembahan pertama mereka di Miri, Sarawak sebagai kumpulan yang lengkap dan pastinya peminat tidak sabar-sabar untuk menyaksikan sinergi muzik yang dicipta oleh Nidji bersama Ubay.
Selain dari aspek muzik, konsert yang dibawa oleh Northbound Events dengan kerjasama Space Two Sdn Bhd sebagai agensi artis ini sudah pasti menampilkan elemen visual yang menakjubkan, termasuk pencahayaan kreatif, reka bentuk pentas yang menawan serta mungkin elemen multimedia untuk meningkatkan keunikan persembahan.

Nidji yang bakal melancarkan album baharu mereka pada tahun hadapan bakal menyajikan repertoar yang mencakup hits terbaik Nidji, bersama dengan kejutan-kejutan khas untuk para peminat setia. Konsert ini akan menyaksikan pecahan yang dinamik, harmoni yang memukau dan performa panggung yang luar biasa.
Persembahan Nidji bersama Ubay pada 3 Februari 2024 itu nanti diharap dapat mencipta kenangan berpanjangan dalam ingatan peminat mereka. Bagi peminat lama dan juga yang baharu, persembahan ini merupakan peluang untuk menyaksikan kumpulan legenda Indonesia beraksi di samping bakat baharu yang bertenaga, mencipta pengalaman muzik yang tiada tandingannya.

Harga tiket bermula dari RM159 Biarlah (Type C), RM179 Heaven (Early Bird), RM199 Hapus Aku (Type B), RM239 Laskar Pelangi (Rockzone), dan RM1549 Meet & Greet (6 pax/group).
Tiket boleh didapati di ZOSO MUSIC atau secara atas talian di laman sesawang Ilassotickets.com. Sebarang pertanyaan mengenai tiket, sila hubungi 011 1943 1705.

