
NILAI – Jika ke Nilai 3 semestinya anda akan membayangkan pusat membeli belah terbesar yang menawarkan kain, langsir, barangan perkahwinan mahupun barangan keperluan untuk persiapan hari Raya yang akan menjelma kelak. Selepas penat membeli belah, anda disyorkan untuk menikmati juadah berbuka puasa yang menyajikan masakan selera kampung di Dewan Mahligai Seri Nilai (DMS) yang terletak di Jalan Delima 1, Kawasan Perindustrian Nilai 3 dengan bertemakan ‘Nostalgia Selera Kampung’.
Isi Kandungan
Apa yang menariknya, DMS menghidangkan bufet Ramadan dengan pelbagai juadah makanan yang diinspirasikan dari masakan ibu disamping dekorasi dewan yang dihiasi dengan pelbagai props berlatarkan suasana kampung. Disamping menikmati hidangan selera kampung serta suasananya seperti tahun 80 an, semestinya pengunjung akan mengimbau nostalgia zaman silam mereka.

80 Juadah Hidangan Lazat Nostalgia Selera Kampung
DMS telah menyajikan sebanyak 80 juadah dan hidangan yang lazat serta menyelerakan yang terdiri daripada masakan kampung masyarakat Melayu, Cina dan juga India. Antara menu yang disediakan adalah set Nasi Kawen, Nasi Putih Daun Pandan, Rendang Ayam Pucuk Ubi, Ayam Masak Merah Seri Rose, Ikan Patin Masak Tempoyak, Daging Gulai Kawah Klate, Ikan Tongkol Masak Kari Mamak, kambing grill, ikan bakar, sate, pelbagai hidangan mi dan banyak lagi. Menu utama juga akan bertukar mengikut kitaran dalam setiap minggu.

Menurut Eksekutif Pembangunan Perniagaan DMS, Mohd Jeffri Jumi, harga yang ditawarkan di DMS ini sememangnya sangat berpatutan dan beliau menganggap harga yang diletakan ini sebagai harga pengenalan setelah lama tidak beroperasi disebabkan pandemik COVID 19.
“Sepanjang pandemik, perniagaan kami tidak dapat beroperasi dan saya juga cukup terharu dengan kesetiaan kakitangan saya walaupun syarikat tidak dapat menghasilkan keuntungan tetapi mereka masih bersama saya. Dari segi penyajian juga, DMS hanya menggunakan kakitangan sendiri tanpa sumber dari luar. Faktor-faktor ini juga menyumbangkan kepada penjimatan kos operasi.
“Saya memang gemar kepada masakan kampung dan disebabkan itu DMS menyediakan juadah masakan kampung yang pastinya akan terkenang kepada masakan ibu kita. DMS juga mempunyai sentral kitchen yang halal berhampiran dewan dan kebersihan yang diiktiraf oleh JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).” Ujar Jeffri.

Bagi waktu operasi, DMS akan menjalankan perniagaannya bermula dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam dan ianya akan bermula dari 15 Mac hingga 6 April 2024. Harga bufet Ramadan yang telah disediakan bermula dari RM 29.90 untuk kanak-kanak, RM 42.90 bagi warga emas dan RM 65.90 untuk pengunjung dewasa. Pada yang membuat tempahan awal sebelum 15 Mac 2024, pengunjung boleh mendapatkan dengan harga serendah RM 56.90 sahaja.
Meskipun kapasiti DMS boleh memuatkan 500 hingga 600 orang pengunjung, tetapi pihak pengurusan DMS telah menetapkan 400 orang sahaja bagi menjamin keselesaan pengunjung. Pengunjung juga disarankan membuat tempahan awal pada hari Jumaat dan hujung minggu.
Kemudahan Dewan Mahligai Seri “Nostalgia Selera Kampung”
Bagi pengunjung DMS, mereka tidak perlu risau kerana pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak DMS demi menjamin kepuasan pengunjung. Terdapat tempat letak kereta yang luas, surau untuk Muslimin dan Muslimat, tandas lelaki dan perempuan yang bersih serta taman permainan kanak-kanak.

“Saya tidak menjanjikan bulan dan bintang tetapi yakin dengan pasukan yang ada, dapur yang bersih dan telah diiktiraf oleh agensi berwajib disamping harga yang berpatutan dapat memberi kepuasan kepada pengunjung bufet Ramadan Nostalgia Selera Kampungku untuk tahun ini.” Katanya mengakhiri bicara.
Sebarang pertanyaan ataupun tempahan boleh menghubungi di talian 010-700 7738 / 010-587 0000. Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai DMS juga boleh melayari media sosial Dewan Mahligai Seri di Facebook, Instagram dan Tiktok.