KUALA LUMPUR – Dibawakan oleh Northbound Events dengan kerjasama Space Two Sdn Bhd sebagai agensi artis dengan bangganya mengumumkan konsert sensasi ‘Nidji : Pelangi Di Miri’ yang akan memikat hati penonton pada 3 Februari 2024 nanti. Konsert yang menampilkan penyanyi terbaharu, Ubay, ke dalam keluarga Nidji bakal menerajui kebolehan vokal luar biasa dengan aura energik Nidji dijangka membawa pengalaman baharu kepada peminat-peminat setia di Miri.
Konsert yang bakal berlangsung di Eastwood Valley Golf & Country Club ini dijangka dihadiri oleh 2,500 peminat bukan sahaja dari sekitar Miri dan Brunei malah turut mendapat perhatian daripada Nidjiholics yang berada di Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang.


Menurut wakil penganjur, Hazman Hamdan, pihaknya bersama Nidji sangat teruja untuk bertemu bersama peminat Nidji di Sarawak bagi merasai pengalaman nuansa muzik yang akan dipersembahkan oleh Nidji bersama band pembuka konsert D_Va dan Monosterio.
“Kami melihat di sini terlalu banyak konsert yang akan berlangsung dan oleh itu kami memilih Miri sebagai lokasi yang tepat bagi mengadakan Konsert ‘Nidji : Pelangi Di Miri’ dan ini juga memberi peluang kepada peminat di Borneo merasai konsert di tempat mereka sendiri.” Ujar Hazman.


Bagi vokalis Nidji, Muhammad Yusuf Nur Ubay, ini adalah konsert Nidji di Sarawak kali yang kedua selepas Kuching. Ubay juga merasa keterujaan dan tidak sabar untuk bertemu peminat Nidji di Miri, Sarawak. Ubay juga tidak menjadi masaalah apabila ada yang masih membandingkan beliau dengan vokalis asalnya iaitu Giring.
“Itu adalah pilihan mereka jika mereka mahu membandingkan dengan penyanyi terdahulu. Untuk saya tiada masaalah malah saya merasa antusias dan tidak sabar mahu berikan persembahan yang terbaik buat peminat di konsert yang akan berlangsung nanti.” Kata Ubay sewaktu sidang media secara maya di sini, semalam.

Selain Ubay, Nidji dianggotai oleh Andi Ariel Harsya dan Ramadhista Akbar (gitar), Randy Danistha (kibod, synthesizer), Andro Regantoro (bass), serta Adri Prakarsa (drum). Mereka bakal memukau peminat Miri dan Brunei dengan lagu-lagu hit mereka seperti Hapus Aku, Biarlah, Laskar Pelangi, Heaven, Teroesir (Menunggu Karma), Sumpah Mati dan banyak lagi.
Konsert ini turut dimeriahkan dengan penampilan 2 kugiran tersohor tempatan, D_Va dan MonoSterio yang bertindak sebagai artis pembuka konsert ini. D_Va yang kini dianggotai oleh Kesha, Zarul, Don Guerzo dan Amar Hamka, sedang giat dalam proses rakaman EP terbaru mereka yang bakal terbit pada tahun ini. Penampilan mereka kali ini turut menjadi langkah pemasaran dalam usaha mempromosi single terbaru mereka Insta Famous yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.


Monosterio juga tidak ketinggalan dalam mempromosikan kemunculan muzik video terbaharu Jerangkung pada 4 Januari lalu yang turut menjadi OST filem ‘Banglo Seksyen 12’. Mereka yang kini giat beraksi dalam sirkit muzik indie tempatan turut meluahkan kegembiraan mereka sebagai artis pembuka konsert ini yang juga mencoret permulaan perjalanan mereka pada tahun 2024.
Tidak kurang juga, Nidji bakal melancarkan album baharu mereka pada tahun ini yang bakal menyajikan Ubay buat pertama kali dalam album mereka selain repertoar yang mencakup hits terbaik Nidji, bersama dengan kejutan-kejutan khas untuk para peminat setia. Konsert ini akan menyaksikan pecahan yang dinamik, harmoni yang memukau, dan performa panggung yang luar biasa seterusnya bakal menjadi pengalaman tak terlupakan bagi peminat muzik di sekitar Miri.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan band yang telah merevolusikan dunia muzik Indonesia ini, secara langsung di Miri pada hari Sabtu, 3 Februari 2024 bertempt di Eastwood Valley Golf & Country Club bermula jam 8.30 malam dan sertai kami untuk pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan.
Tiket boleh didapati di ZOSO MUSIC atau secara atas talian di laman sesawang Ilassotickets.com. Sebarang pertanyaan mengenai tiket, sila hubungi di talian 011 1943 1705.

