April 19, 2024

SERDANG – Acara Off The Grid (OTG) yang julung kali diadakan di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) telah berlangsung dari 23 – 25 Februari 2024. Acara yang berlangsung selama 3 hari yang didedikasikan untuk penggemar gaya hidup luar telah tamat dengan jayanya untuk pasukan Art of Speed, dengan jumlah pengunjung seramai 30,000 pelawat.

Kejayaan acara ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan vendor-vendor, seperti Montanic Adventure Store, Anbot Store, CampGuru dan Eiger Adventure serta banyak lagi nama-nama terkenal yang sinonim dengan hobi dan aktiviti gaya hidup luar. Antaranya ialah Pahlawan Store, Outside Malaysia dan banyak lagi. Elemen kenderaan yang terdapat di acara ini juga menarik perhatian ramai peminat yang serasi dengan Art of Speed serta pengunjung yang hadir. Kenderaan-kenderaan ini yang bercirikan tema gaya hidup luar dibawa oleh TJM 4×4, Titan Suspension dan NoEqual & Kuzig. 

Aktiviti yang terdapat di OTG 2024 termasuk:

  • Brew Festa
  • BBQ Showdown oleh MeatXpert Premium Butcher
  • Makers Jamboree & Pasor Dinda Ladies Market
  • Skimpool atau skimboarding pool, dan Surf Skate oleh La Rocka
  • Roller Disko
  • Strider Cup oleh @striderskidsmalaysia 
  • Persembahan tradisional dan akustik
  • Meet-up perhimpunan van camper
  • Paparan motosikal, 4×4, 6×6 dan off-road
  • Pameran suspension off-road
  • Paparan khemah roof top
  • Pameran Mini RC Crawler
  • Pameran lampu lantera dan dapur besi vintaj
  • Kelas membuat pisau
  • Pameran zoo haiwan peliharaan dan tumbuhan eksotik
  • OTG Wet Park
  • Istana belon

Unik bagi OTG 2024 ialah Pertandingan Gerai Terbaik untuk kesemua vendor yang berada di acara ini. Pemenang untuk Gerai Terbaik adalah Montanic Adventure Store, dan pemenang untuk Paparan Terbaik adalah Eiger Adventure. Pemenang bagi setiap kategori akan memenangi percutian untuk seorang ke FIELDSTYLE Jamboree 2024 di Nagoya, Jepun pada 18 dan 19 Mei 2024.

Gerai Terbaik

  1. Montanic Adventure Store
  2. Outside Malaysia
  3. Fiskars

Paparan Terbaik

  1. Eiger Adventure
  2. Floor East
  3. Pahlawan Store