May 23, 2024

KUALA LUMPUR – Sekitar akhir 80-an dan 90-an, muzik underground yang membabitkan band-band indie pernah mendapat tempat dan berkembang dengan meluas dalam industri muzik di Malaysia.

Ketika itu, lahirlah pelbagai band-band indie hebat seperti Butterfingers, OAG, Monoloque, Hujan, Blind Tribe dan banyak lagi.

Antara yang terlibat dalam dokumentari Pekik

Melihat kepada populariti yang pernah diraih, ia mencetuskan idea buat Studio Pixels Sdn. Bhd. untuk menghasilkan sebuah filem dokumentari berjudul Pekik.

Pelancaran dokumentari Pekik

Penerbitnya, Fareeq Alias berkata, Pekik merupakan naskhah yang menceritakan kisah muzik rock indie di Malaysia yang mengambil dari sudut pandang ahli-ahli band sendiri.

“Filem dokumentari ini menggabungkan temu ramah dan footage persembahan band dalam usaha menjejak perkembangan ‘scene underground’ di negara ini bermula akhir 80-an sehinggalah meletusnya fenomena muzik indie sekitar dua dekad selepas itu,

“Pekik juga cuba untuk menyingkirkan mitos negatif yang sering menyelubungi ‘scene’ ini dengan menggambarkan subkultur ini dengan lebih tepat melalui perkongsian cerita oleh watak-watak penggerak ‘scene’ atau mereka yang terbabit dengan muzik ini,” ujarnya.

Fathullah Luqman dan Rom ROTTW

Ujarnya, filem dokumentari selama dua jam itu memaparkan berpuluh-puluh temu bual dengan pemuzik rock bebas lama dan baharu, dan rakaman konsert utama yang melibatkan kumpulan ini selama beberapa dekad.

Menurutnya lagi, penggambaran untuk menghasilkan Pekik berjalan selama setahun serta mendapat bantuan dan sokongan daripada MyCreative Ventures.

“Pada saya, Pekik ini adalah ekskavasi tiga dekad ceritera dan kisah silam sejarah muzik bebas Malaya, digali dan dikupas semula untuk dikongsikan kepada yang mengikuti mahupun yang sekadar memerhati.

“Selain memfokuskan kepada perkongsian cerita oleh watak-watak penggerak ‘scene’ ini, Pekik turut menyelitkan persembahan secara ‘live’ band-band yang masih aktif dari dulu sehingga sekarang,” ujarnya.

Pengarah dokumentari Pekik bersama SOG dan Fathul

Antara anggota band indie yang terbabit dalam pembikinan Pekik seperti Aru Peruzza (Koffin Kanser, Radhi (OAG), Loque dan Emmet (Butterfingers), Izzat Uzaini (Hujan), Tam (Blind Tribe), Francis Wolf (Spunky Funggy) dan Myo (Muck).

Loque dan emmett Butterfingers

Pekik akan mula ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula pada 1 April ini, atau boleh di strim melalui platform On Demand atau Astro Go.