April 18, 2024

IPOH – Pelancaran laman web Perak Filem Moh Kome disertai dengan penampilan khas Tribute To MARIONEXXES oleh Mind Blank telah diadakan pada 27 Februari lalu bertempat di Bagi Ruang, Ipoh.

Selain memperkenalkan laman web yang baharu, acara ini juga memperingati MARIONEXXES, kumpulan muzik alternatif yang ditubuhkan pada tahun 1997 di Jalan Dhoby, Johor. Mereka adalah pencipta lagu berjudul Oh Kome yang diterbitkan pada tahun 2022 dengan muzik video tajaan oleh Dana Kreatif Perak. Lagu ini adalah kesinambungan lagu popular Durian oleh pelakon lagenda Mr Os dan menjadi lagu tema untuk filem Moh Kome. Pada tahun 2012 lagu Oh Kome dicipta sewaktu Allahyarham Mr Os masih hidup. 

Terdapat juga persembahan khas Tribute To MARIONEXXES oleh Mind Blank yang menghormati warisan seni dan sumbangan MARIONEXXES dalam industri muzik alternatif.

Pihak yang berkepentingan juga menyertai acara ini dan menyokong pemerkasaan industri pelancongan Perak. Moh Kome bermaksud mari semua dalam loghat Bahasa Perak. Terima kasih kepada semua penaja yang terlibat dalam acara ini.