January 13, 2025

KUALA LUMPUR – Illy Caffè terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan rasmi cawangan terbarunya di NU Sentral, semalam. Acara tersebut dimeriahkan oleh penampilan istimewa ALVN dan chef selebriti Anis Nabilah, menjadikan ia sambutan yang penuh gaya dan menghiburkan bagi para penggemar kopi.

Kafe Illy di NU Sentral tampil dengan rekaan estetika Itali moden, menawarkan ruang tempat duduk yang selesa dan kemudahan seperti titik pengecas yang banyak, menjadikannya lokasi ideal bagi pelanggan korporat dan pelancong. Dengan suasana yang mesra dan elegan, Illy Caffè turut menekankan kepelbagaian budaya Malaysia melalui pelbagai tawaran baharu yang akan datang, memberikan pengalaman kopi yang lebih menarik dan interaktif.

Dalam acara ini, Illy Caffè turut memperkenalkan hidangan istimewa Maritozzi, sejenis delicacy dari Itali yang asalnya wujud sejak zaman Rom purba. Maritozzi telah diberikan sentuhan moden dengan pilihan manis dan savory, tersedia dalam saiz besar dan mini, menjadikannya padanan sempurna untuk kopi Illy yang premium.

“Saya sangat teruja dengan kerjasama ini kerana kami memperkenalkan pelbagai rasa Maritozzi yang menarik. Terdapat 6 pilihan savory seperti Mushroom Pesto, Smoked Salmon with Mascarpone, serta rasa manis seperti Pistachio & Salted Caramel Maritozzo dan Tiramisu Maritozzo. Saya yakin pelancaran ini akan memikat hati ramai,” jelas Anis Nabilah.

Selain memperkenalkan pelbagai menu menarik, Illy Caffè juga komited untuk memberikan pengalaman kopi yang menyeluruh dengan menawarkan kursus kopi. Dari penyeduhan di rumah hingga kemahiran barista lanjutan, kursus ini dirancang untuk memenuhi keperluan semua peminat kopi.

“Pelancaran Illy Caffè di Nu Sentral sangat menggembirakan kerana kami ingin memberikan pengalaman kopi yang tidak dapat dilupakan. Saya berharap pelanggan kami akan menikmati delicacy Itali kami, Maritozzi, yang sempurna dipadankan dengan campuran kopi premium kami. Jangan lupa, suasana selesa dan aktiviti menarik juga menanti di pembukaan kedai ini!” kata Filippo Migliuolo, wakil dari Illy Caffè.

Dengan sokongan semua pihak, Illy Caffè Nu Sentral siap menyambut pelanggan dan terus berusaha memperluas jangkauannya, termasuk melalui platform dalam talian dan ke pejabat.