April 20, 2024

SPACERUBIX, PUCHONG – Acara kemuncak Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 (#ALI2023) telah membariskan persembahan mantap daripada 15 finalis yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Pop, Rock dan HipHop yang telah berlangsung pada 7 Mac yang lalu.

Lunar yang membawakan lagu berjudul Pembunuh Malam, sebuah lagu ciptaan Hazeeq Hilman dan Muhd Haziq dalam kategori Pop telah tampil sebagai Juara Lagu Terbaik Anugerah Lagu Indie 2023 serta berjaya merangkul hadiah tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 (RM5,000 daripada Anugerah Pop Terbaik dan RM15,000 daripada Anugerah Lagu Terbaik).

Selain daripada Anugerah Lagu Terbaik, anugerah lain yang dipersembahkan adalah persembahan terbaik, dan juga anugerah bagi ketiga-tiga kategori. Dalam Top 5 kategori Pop, Pembunuh Malam telah menewaskan empat lagu lain iaitu Pura, Stargazing, Luka dan Derana serta merangkul gelaran Anugerah Pop Terbaik.

Dalam Top 5 kategori Rock pula, Souled Out tampil sebagai Juara Anugerah Rock Terbaik menewaskan Jiwa (Takhta Milik Kita), In The Haze, Inti Sari dan Terra Luna.

Manakala dalam Top 5 kategori HipHop, LXF merangkul Juara Anugerah HipHop Terbaik menewaskan Ice ColdCastle, Candy Mind, Gard O Gard dan Mimpi Untuk Semalam.

Senarai penuh Juara Anugerah Lagu Indie 2023 adalah seperti berikut:

Kategori & Hadiah ALI2023Juara
Anugerah Lagu Terbaik
RM15,000 + Trofi
Pembunuh Malam
Komposer: Hazeeq Hilman & Muhd HaziqLirik: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq Artis: Lunar
Anugerah Persembahan Terbaik
RM5,000 + Trofi
Stargazing
Komposer: Odelia Tirza Lirik: Odelia TirzaArtis: Odelia Tirza
Anugerah Rock Terbaik RM5,000 + TrofiSouled Out
Komposer: Vota Lirik: VotaArtis: Vota
Anugerah Pop Terbaik RM5,000 + TrofiPembunuh Malam
Komposer: Hazeeq Hilman & Muhd HaziqLirik: Hazeeq Hilman & Muhd Haziq Artis: Lunar
Anugerah HipHop Terbaik RM5,000 + TrofiLXF
Komposer: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia & Dj RuckesLirik: Sabbala, Rahhh5kaki, Issa Goodmusic, Jaymhd7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia & Dj RuckesArtis: LXF
Anugerah Yoodo Presents: Lagu Terpaling Platinum ‘Carta Indie Kita’
RM1,000 + Trofi
Armpunk Sindicate

Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie berkata, “Tahniah saya ucapkan kepada semua finalis yang telah memberikan persembahan terbaik mereka di Pentas Akhir sebentar tadi. Kesemua 15 persembahan yang dipertontonkan telah berjaya membuktikan bahawa penggiat muzik indie juga lebih daripada mampu untukmenghasilkan lagu yang berkualiti. Sebagai sebuah platform yang dicipta khusus untuk meraikan bakat-bakat indie tempatan yang kreatif, saya berharap agar Anugerah Lagu Indie dapat diteruskan lagi bagi memberi inspirasi kepada penggiat muzik indie untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti serta kompetitif dalam arena muzik.”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah menyokong dan menjayakan Anugerah Lagu Indie musim keempat ini, terutamanya seluruh tenaga produksi #ALI2023, Kementerian Belia dan Sukan menerusi Rakan Muda (Rakan Muzik), Rakita 107.9, Honda Motorcycle Malaysia, 1901 Hot Dog dan rakan-rakan media yang bersama-sama menyokong semangat Anugerah Lagu Indie iaitu Music Addicts, Relevan,Media Variasi, Selebriti Online, Medialah!, Malaysia Music Scene, Malaya Roll, Big Media Works, Malaysia Tribune,Writer’s Daily, LUAS, dan Pocket News Media, serta Rakan Kerjasama Anugerah Terpaling Platinum CIK, Yoodo,” tambah beliau lagi.

Selain daripada persembahan finalis, penonton juga telah disajikan dengan persembahan ‘Tribute Butterfingers’oleh Leaism dengan lagunya Epitome, Chemistry, Ngilu, 1000 tahun, Mati Hidup Kembali, dan persembahan penutup oleh Bunkface dengan lagu mereka Silly Lilly, Situasi dan Malam Ini Kita Punya.

Anugerah Lagu Indie musim kali ini juga membariskan juri-juri professional yang terdiri daripada AG Coco, WingMeng, Juwita Suwito, Roshan Jamrock, Edwin Raj, Ariana Adnan, dan Diandra Arjunaidi.

Untuk maklumat penuh mengenai keputusan Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie, sila layari laman media sosial @anugerahindie atau tonton di Youtube Anugerah Lagu Indie.