September 8, 2024

KUALA LUMPUR – Tinggal beberapa jam lagi baladewa dan baladewi di Malaysia bersedia untuk menikmati muzikal lagu-lagu Dewa 19 dalam balutan Orkestra yang akan berlangsung jam 8 malam ini di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Buat julung kali memperkenalkan satu kelainan ‘budaya’ baru dengan persembahan Orkestra hasil kolaborasi 2 negara di bawah pimpinan Ahmad Dhani (dan pasukannya) bersama barisan 54 jentera muzik dari Malaysia, baladewa dan baladewi dijanjikan sebuah malam gala yang mempesonakan di mana kesenian bertemu nuansa keanggunan.

Ahmad Dhani memuji pemuzik orkestra di Malaysia kerana memiliki kualiti yang lebih baik, berbanding di negara asalnya, Indonesia.

“Sebagai seorang yang dikatakan pakar dalam bidang muzik, selepas menjalani latihan bersama pasukan orkestra Malaysia, ternyata kualitinya lebih bagus berbanding di Indonesia.  Jika di sana (Indonesia), ahli orkestra selalunya orang Indonesia, tetapi di sini ahlinya terdiri pelbagai negara,” katanya.

Meskipun berjaya membuktikan ‘sold out’ pada setiap show  bermula dari Chapter 1 hingga 4 di beberapa kota di Indonesia seperti Jakarta, Surabaya dan Solo, dalam nada bercanda Ahmad Dhani memberitahu beliau sebenarnya tidak yakin tentang penerimaan terhadap muzikal Orkestra khususnya di sini tetapi berjanji setiap yang hadir pasti puas hati dan mahu lagi.

Bayangkan saja sebuah malam penuh atmosfera sofistikated yang bakal mengalunkan lagu-lagu popular Dewa 19, sudah cukup thrill dan mengujakan.

Ketika di tanya, apakah rencana beliau dalam meneruskan siri jelajah kota sehingga Chapter 19 sinonim dengan nama Dewa 19, teraju utama Ahmad Dhani bercanda mahukan ianya berlanjutan sehingga Chapter 119! Kenapa tidak kan?

“Saya juga tidak begitu concern memikirkan mana lebih penting, peminat turut bergoyang atau peminat serius menikmati muzik, kerana tidak semua naratif lagu-lagu itu sama. Sebagai contoh lagu-lagu seperti “Kamulah satu-satunya”, “Angin” tidak sesuai untuk di-orkestra-kan. Makanya lagu-lagu yang bakal dihidangkan lebih berbentuk ‘makanan jiwa’, yang lebih deep, yang lebih emosi.” ujarnya ketika ditemui media di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.

Konsert gala naungan Maybank ini, dibawakan oleh promoter Icon Entertainment, bertempat di Axiata Arena pada malam ini bermula jam 8, telah ‘sold out’ jualan tiket nya dalam jangkamasa yang tidak lama. Kalau di lihat pada 4 chapter yang sebelumnya, adrenalin keterujaan untuk menanti esok malam bagai tiada penghujung.