PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) NORMA BAHARU DI ERA COVID-19

Menempuh alam persekolahan adalah suatu proses yang menyeronokkan bagi mereka yang bergelar kanak-kanak dan remaja dengan proses pengajaran dan pembelajaranya (PdP) di lakukan secara holistik, jasmani serta rohani bagi menghasilkan generasi penerus negara yang cerdas dan cergas.

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka di era Covid-19 di lihat masih tidak lagi relevan sekaligus menjadikan pembelajaran secara atas talian dengan penawaran pelbagai penggunaan teknologi dan aplikasi sebagai suatu pilihan hampir semua pihak. Ini bagi memastikan PdP dapat terus berlaku di samping dapat mengelakkan risiko penularan pendamik di kalangan pelajar sekali gus mewujudkan norma baharu di kalangan pelajar dan pendidik serta tidak terkecuali ibu bapa.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

20 Januari 2021 menyaksikan sesi persekolahan dalam keadaan norma baharu pada hari ini di mana pelajar darjah 1, merupakan pelajar baharu yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian serentak di seluruh negara.

Adik Inarah Afrina (7 tahun) yang menjalani pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.

Bagi memastikan para pelajar tidak ketinggalan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di era pendamik ini, pelbagai usaha dan inisiatif telah di bangunkan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pelbagai produk pendidikan di tawarkan di atas talian bagi kegunaan dan rujukkan para pendidik, pelajar, dan ibu bapa.

http://eduwebtv.moe.edu.my


Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) yang dahulunya di kenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) yang merupakan satu bahagian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia banyak mengahasilkan produk-produk bantu belajar secara digital bagi kegunaan para pelajar dan pendidik khasnya dalam suasana pendamik ini.

Bahan-bahan pendidikan secara digital ini dapat di akses melalui portalnya di http://eduwebtv.moe.edu.my dan EduwebTV @ Youtube serta boleh di tonton secara terus melalui salauran-saluran tv sedia ada seperti TV OKEY RTM, ASTRO TUTOR TV dan ntv7 di samping laman sesawang https://myklik.rtm.gov.my

Slot Program Tv Pendidikan

Bagi memastikan pengajaran dan pembelajar (PdP) norma baharu ini di jalankan secara menyeluruh serta berkesan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah mewujudkan Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN).

Di kepilkan dua modul bagi tujuan rujukkan dan panduan :

PLaN juga melibatkan semua pihak terutama ibu bapa, swasta dan masyarakat secara keseluruhan bersama-sama memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak terus berlaku dan aktif agar dapat mengurangkan keciciran dan ketinggalan, ‘lost generation‘ di kalangan para pelajar.

Antara pihak NGO yang juga turut berusaha menjayakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) norma baharu ini antaranya ialah Team Helping Hands Malaysia yang mengembelingkan para pendidik di seluruh Malaysia secara sukarela untuk berbakti dan menyantuni masyarakat khasnya para pelajar secara terus melalui penumbuhan-penubuhan kumpulan kecil bagi setiap sesi PdP yang dilaksanakan.

Team Helping Hands memohon dana dari dermawan yang budiman