September 10, 2024

KUALA LUMPUR – Panggilan kepada penggemar genre seram dan peminat The Conjuring! Dengan melakukan debut di Asia Tenggara pada hari ini (26 Ogos), The Conjuring Universe Tour akan dianjurkan mulai 26 Ogos hingga 19 November di The Curve yang berada di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Upacara perasmian hari ini menandakan permulaan pengembaraan yang menggerunkan ini. 

Lawatan yang seram dan imersif ini merupakan suatu perjalanan serba baharu yang menampilkan semula set yang mengerikan dan yang diinspirasikan oleh adegan ikonik daripada filem-filem seram popular New Line Cinema, termasuk ketiga-tiga filem The Conjuring, ketiga-tiga filem Annabelle dan The Nun

The Conjuring Universe Tour merupakan sebuah produksi yang dihasilkan oleh Warner Bros. Discovery Global Themed Entertainment, Sunny Side Up dan Incubase Studio, berakan kongsi dengan AM PM (HK) dan Ace Media Network. Produksi ini menjadikan peserta sebagai protagonis yang mengikut jejak penyiasat paranormal. Mereka akan dipadukan oleh pekerja dalam lawatan ini untuk meneroka 20 zon seram yang merangkumi lebih daripada 15,000 kaki persegi. Zon-zon tersebut mencipta semula adegan klasik daripada filem untuk memastikan pelawat sentiasa tertarik dan berwaspada dalam perjalanan tersebut. 

“Kami berasa sangat teruja kerana dapat melancarkan The Conjuring Universe Tour, suatu pengalaman yang banyak berbeza daripada rumah berhantu biasa. Apa- apa yang berada dalam produksi ini akan membetuk semula pemikiran orang ramai terhadap The Conjuring Universe dan mereka tidak akan melihatkannya seperti dahulu,” kata Sion Yip, Pengarah Urusan Incubas Studio selepas merasmikan majlis tersebut. 

Bagi semua pelawat yang menyertai lawatan berpadu ini, petugas yang terlatih akan memadukan peminat paranormal dari awal hingga akhir, untuk menjelajah laluan yang telah dirancangkan dengan cermat. Mereka akan bersemuka dengan entiti- entiti yang menggentarkan sepanjang perjalanan yang tidak dapat dilupakan ini. 

Semakin dalam pelawat-pelawat terokai, semakin banyak adegan sedang menantikan mereka. Sebagai contoh, The Abbey of St. Carta daripada The Nun, di mana upacara pengorbanan sedang dijalankan semula, The Workshop daripada Annabelle: Creation, tempat pembuatan anak patung Annabelle yang dirasuk, Altar daripada The Conjuring: The Devil Made Me Do It, tempat penyembahan yang dihiaskan dengan simbol-simbol ghaib dan memberikan cabaran kepada pengunjung untuk berinteraksi dengannya. Artifact Room yang ikonik juga disediakan, ruang ini dipenuhi dengan barang-barang terkutuk dan peninggalan daripada kes-kes yang amat menyeramkan.

Serentak dengan pelancaran The Conjuring Universe Tour, filem yang amat popular di seluruh dunia, iaitu The Nun II juga akan ditayangkan dalam pawagam mulai 7 September di seluruh Malaysia. Untuk mendapatkan pengalaman yang lebih imersif, tontonlah wayang terkini tersebut dan kunjungi The Conjuring Universe Tour dengan harga diskaun! Pihak penganjur akan bekerjasama dengan Golden Screen Cinemas (GSC) untuk menjual Tiket Wayang Bundle melalui WeTix dan Keepsake by GSC

Sementara itu, tiket biasa bagi The Conjuring Universe Tour boleh diperoleh menerusi laman web rasmi www.theconjuringtour.com, KLOOK, IncuTix dan WeTix.