PENYANYI RAP LIL J AJAK SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERUS BERFIKIR POSITIF MENJELANG 2021

KUALA LUMPUR, 29 Disember 2020 – Tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya, dan lembaran baharu bakal bermula tidak lama lagi. Begitu juga dengan penyanyi rap muda serta penulis lirik berbakat besar dari Kuala Lumpur, Rvijay Raj atau Lil J, yang menyatakan hasrat beliau dalam single terbaharu berjudul ‘Tahun Baru’. Ditulis dan digubah oleh Lil J sendiri, dengan rakankomposer, Denzsyl, manakala adunan dan mastering dilakukan oleh Mingaling.

Penyanyi rap yang bakatnya dicungkil menerusi program pencarian bakat rap baharu serantau Asia Tenggara, 16 Baris, berkata, “Lagu Tahun Baru mempunyai mesej positif bagi mereka yangmengharungi kepayahan pada tahun 2020.”

“Saya ingin menyeru agar semua rakyat Malaysia berfikiran positif dan mempersiapkan diri mereka dengan azam dan semangat yang baru menjelang tahun baru 2021.

“Idea lagu ini datang ketika ramai daripada kita yang terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, saya nak semua bangkit dan terus melangkah ke depan.”

Penyanyi Rap Muda Berbakat Besar Ajak Semua Rakyat Malaysia Terus Berfikir Positif Menjelang 2021 & Tutup Buku 2020

Walaupun Lil J mempunyai jadual yang padat dengan pelbagai projek seperti kolaborasi dengan artis-artis lain, beliau masih mempunyai masa menghasilkan single solo yang memang sudah lama dinantikannya.

“Saya mengambil masa selama dua hari untuk merekod dan menyiapkan Tahun Baru, manakala proses rakaman di lakukan di MassMusic Studios.

“Denzsyl merupakan rakan komposer yang sering saya bekerjasama dan hubungan profesionalkami telah terjalin sepanjang empat tahun, dan banyak yang kami pelajari mengenai muzik dan industri hip-hop malaysia, selain mempunyai style muzik yang sama,” jelas Lil J.

Sebagai artis yang masih baharu, bukan mudah bagi beliau untuk menyenangkan semua pihak, ulasnya, “Tak semua yang kita hasilkan boleh di terima oleh pendengar, namun saya percaya jika kita jujur, mempunyai niat yang baik, perlahan-lahan ruang itu akan dibuka dengan sendirinya.”

“Nantikan juga video muzik Tahun Baru yang bakal dilancarkan serentak kerana jalan ceritanyayang menarik dan semoga sesiapa yang menontonnya boleh faham maksud Tahun Baru yang cuba saya sampaikan, dan buka sekadar hiburan semata-mata.

Lil J

Menurut Encik Feros Sayna, selaku Ketua Label Rocketfuel Entertainment, “Lil J merupakan anak muda yang sungguh berbakat, beliau mempunyai banyak idea kreatif dansentiasa menghasilkan lagu-lagu menarik buat para pendengar.

Tahun Baru membawa aura positif buat semua, jadi saya harap agar semua pendengar di luarsana dapat tangkap maksud yang cuba disampaikan.”

Lagu ‘Tahun Baru’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.Manakala video muzik lagu ‘Tahun Baru’ juga boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.

Tahun Baru – Lil J (Official music video)