April 19, 2024
RADi - Falling For You 1

KUALA LUMPUR – RADi seorang penyanyi, komposer, produser dan penulis lagu dalam Bahasa Inggeris ini juga merupakan adik kepada penyanyi wanita terkenal iaitu Aisha Retno. RADi terus menempah nama dengan menghasilkan karyanya dalam industri muzik ini dengan lagu yang bertaraf antarabangsa, lagunya juga telah mendapat perhatian beberapa negara seperti Indonesia, Vietnam, Taiwan dan banyak lagi. 

Masih kekalkan tema dan unsur kebahagiaan

Tahun 2023, RADi dan syarikat rakaman Sony Music Entertainment mengeluarkan beberapa single seperti Maybe?, Summer Night, Heaven, Summer Vibe dan Like You. Kini pada tahun 2024, Falling For You akan menyinari hari-hari RADi bermula hari ini. Lagu Falling For You ini juga masih mengekalkan tema dan unsur kebahagian yang merupakan luahan perasaan yang dialami oleh penyanyi ini sendiri.

RADi - Falling For You

Kesinambungan kisah daripada lagu Maybe? 

Falling For You juga memberi mesej peralihan terhadap kisah dari hubungan yang tidak pasti kini sudah mendapat pengesahan terhadap hubungan istimewa itu. Menurut RADi, “Lagu ini merupakan kesinambungan kisah daripada lagu Maybe? yang tidak mempunyai kepastian yang memainkan emosi yang mendalam, Kini RADi lebih yakin tentang status hubungan istimewa tersebut.”

Selain itu, RADi menceritakan tentang perjalanan dan cabarannya dalam proses penyiapkan lagu ini dengan memperkayakan elemen yang instrumen yang lebih berkualiti untuk lagu Falling For You ini Walau bagaimanapun, RADi sentiasa mendapat sokongan daripada Zain dan Kenny Macartney dalam memastikan peralihan yang lancar dari konsepsi ke realisasi.

“Tahun lalu demo lagu ini telah berjaya disiapkan dan beberapa penelitian terhadap komposisi dan memberi kepercayaan kepada produser yang merupakan rakan kerjanya, Zain. Tidak ketinggalan seorang produser yang juga pakar dalam muzik, Kenny Macartney yang bersama-sama menyiapkan karya yang bakal mengegar dunia.” Sambung RADi.

Sebagai punca kebahagian hidup

Sementara Falling For You, menghiasi dunia seni ini, RADi berharap keada pendengar dan peminat untuk terus memberi sokongan yang padu dengan menjadikan lagu ini sebagai punca kebahagian hidup mereka. 

“Saya dengan ikhlas berharap semua orang akan menyukai lagu ini. Semoga Falling For You meresap ke dalam emosi semua orang dan menyala api cinta yang ada dalam hati anda.” menjelaskan harapan RADi.

Nikmati lagu Falling For You

Falling For You boleh dimuat turun di iTunes dan disiar melalui semua platform utama, seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music sekarang.

RADi – Falling For You (Official Visualiser)