SUBANG JAYA, 14 April 2025 – Bersiap sedia untuk sebuah ledakan muzik yang belum pernah terjadi sebelum ini! Festival indie terbesar Indonesia, Pestapora, kini melebarkan sayap ke Malaysia buat julung kalinya menerusi Latihan Pestapora Malaysia 2025 – acara eksklusif yang akan berlangsung pada 26 Julai 2025 di Surf Beach, Sunway Lagoon.
Dianjurkan oleh dua kuasa besar hiburan serantau, Hitman Solutions (Malaysia) dan Boss Creator (Indonesia), festival ini menjanjikan persembahan luar biasa daripada gabungan artis terkemuka dan bakat baharu dari kedua-dua negara. Ia merupakan cerminan kerjasama kreatif yang semakin erat antara dua budaya muzik serumpun.

Latihan Pestapora bukan sekadar pemanas untuk edisi penuh yang akan berlangsung di Jakarta pada September nanti, malah ia menjadi jambatan buat peminat tempatan menyelami kehangatan budaya muzik indie Indonesia – tanpa perlu menaiki kapal terbang!
Menampilkan pelbagai genre seperti pop, rock, hip-hop, alternatif dan indie, festival ini diraikan sebagai pentas bagi ekspresi seni tanpa sempadan – dan kini, pentas itu akan dibina di tengah-tengah Sunway Lagoon.
Sebagai tanda sambutan pelancaran pertama di peringkat antarabangsa, pihak penganjur turut menawarkan 10 tiket PERCUMA kepada peminat yang berjaya meneka barisan artis yang akan menggegarkan pentas Latihan Pestapora Malaysia! Penyertaan dibuka menerusi ruangan komen di hantaran pengumuman rasmi festival ini.

Pendaftaran pra-jualan bermula hari ini, dan akan ditutup pada 15 April 2025 (Selasa) jam 11.59 malam.
Tiket pra-jualan akan mula dijual pada 16 April 2025 (Rabu) jam 6.00 petang, manakala jualan umum bermula pada 17 April 2025 (Khamis) jam 12.00 tengah hari.
Kategori tiket adalah seperti berikut:
🎟 General Admission – Bermula dari RM129
🎸 Rockzone – Bermula dari RM199
⚡ Tambahan RM100 untuk akses Express Lane
Jangan lepaskan peluang merasai festival paling meriah tahun ini – tempah tiket anda di:
🌐 www.latihanpestaporamalaysia.com
Untuk pengumuman lanjut, senarai artis dan info terkini, ikuti saluran media sosial rasmi Latihan Pestapora Malaysia. Bersedia untuk menyanyi, menari dan menikmati muzik secara langsung seperti tidak pernah anda alami sebelum ini!