PROGRAM INISIATIF RODA DARUL EHSAN (RiDE) BERI SUBSIDI KEPADA 1,980 PENERIMA YANG LAYAK

SHAH ALAM, 14 DISEMBER – Kerajaan Negeri Selangor menerusi Majlls Sukan Negeri Selangor mengadakan Majlis Penyerahan lnisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) kepada 100 penerima program subsidi lesen yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari. Dato’ Manteri Besar Selangor semasa sesi pembentangan Belanjawan Selangor 2020 pada tahun lalu.

Dengan peruntukan sebanyak RM2 juta, inisiatif ini memberi manfaat kepada hampir 3,000 penerima yang layak mendapat faedah subsidi lesen motosikal sebanyak RM350. caruman PERKESO berjumlah RM70 bagi tempoh setahun dan subsidi kit penghantaran makanan serta latihan e-hailing bernilai RM150.

Menteri Besar Selangor, memberikan inisiatif kepada penerima subsidi lesen pada Majlis Penyerahan Subsidi bagi Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE)

Program RiDE turut mendapat kerjasama Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (SELDEC), Bungkus- It, Zepto Express dan Warong Rider yang mengendalikan kursus serta latilhan e-hailing kepada penerima lnsentif.

Secara keseluruhannya, RiDE menerima sebanyak 22,321 permohonan sejak program ini mula dibuka pada 1 Ogos 2020 dan seramai 1,980 pemohon telah dikenal pasti layak untuk menerima manfaat program ini.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd. khairuddin Othman bersama salah seorang penerima subsidi lesen pada Majlis Penyerahan Subsidi bagi Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE)

Program RiDE merupakan salah satu insentif bantuan Kerajaan Negeri yang diperkenalkan dalam Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2020 untuk membantu anak-anak muda miskin bandar dalam meningkatkan ekonomi diri.

Malah semasa pembentangan Belanjawan Selangor 2021, YAB Dato’ Menteri Besar mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi meneruskan Program RiDE pada tahun 2021 berdasarkan keupayaan program ini untuk menjadi platform terbaik kepada generasi muda  menceburi pasaran ekonomi gig.

Terdahulu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, menyerahkan subsidi RiDE kepada 100 penerima yang layak di Dataran Perhimpunan SUK hari ini.

Menteri Besar Selangor, bergambar bersama 100 penerima subsidi lesen terdiri daripada penghantar makanan,dan barang ketika hadir ke Majlis Penyerahan Subsidi bagi Program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE)

Bagi yang berminat. mereka boleh melayari www.msnselangor.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang syarat kelayakan dan muat turun borang permohonan.